Renew roadtax atas nama orang lain secara online
Renew roadtax atas nama orang lain. Bolehkah untuk anda menjadi wakil renew roadtax terutamanya kenderaan bukan milik anda melalui online ?
Baru-baru ini sistem pihak berkuasa iaitu Jpj telah pun melancarkan membuat roadtax secara digital atau dalam talian.
Ini bermakna, dahulunya roadtax akan diprint di atas kertas dan beralih kepada roadtax digital secara dalam telefon sahaja.
Namun, perubahan ini dijalankan secara beransur-ansur dan penggunaan roadtax secara kertas masih lagi boleh diguna pakai.
Bolehkah renew roadtax atas nama orang lain ?
Persoalannya adalah adakah dibolehkan untuk anda renew roadtax atas nama orang lain atau anda menjadi wakil renew roadtax? Walaupun anda bukan pemilik kepada kenderaan sama ada motor atau kereta tersebut ?
Jawapan kepada persoalan ini adalah boleh bagi anda menjadi wakil renew roadtax atau renew roadtax atas nama orang lain.
Sememangnya dari dahulu lagi sesiapa sahaja yang menjadi wakil renew roadtax seperti ahli keluarga, rakan mahupun wakil agent roadtax dan insuran dibolehkan membuatkan roadtax atau cukai jalan raya kenderaan anda.
Perkara ini tidak menjadi sebarang masalah kerana pihak Jpj akan mengambil nombor kad pengenalan yang berdaftar. Hal ini demikian, sebagai wakil renew roadtax bagi menyimpan data ini sekiranya berlaku masalah tidak dapat dielakkan.
Bagaimana pula renew roadtax atas nama orang lain secara online ?
Memandangkan perubahan yang telah dibuat oleh pihak berwajib ini masih baru, renew roadtax atas nama orang lain atau wakil renew roadtax yang dilakukan secara dalam talian atau online melalui aplikasi Jpj hanya boleh dibuat oleh pemilik sahaja.
Ini bermakna anda sendiri mendaftar diri sebagai pemilik dalam aplikasi Jpj dan renew roadtax kenderaan anda sama ada motor atau kereta anda sahaja.
Bagi yang sudah biasa membuat renew roadtax menggunakan wakil renew roadtax seperti wakil agent roadtax dan insurans masih boleh lagi mereka membayar dan renew roadtax kenderaan anda secara sah melalui kaunter Jpj.
Apa yang penting sekiranya anda sudah renew roadtax kenderaan, pastikan anda mendapatkan resit pembayaran roadtax. Ini boleh didapati sebaik sahaja wakil renew roadtax telah melakukan perkara tersebut.
Adakah terdapat penambahbaikan pada masa akan datang bagi renew roadtax atas nama orang lain secara online?
Wakil renew roadtax memberikan kemudahan kepada orang ramai bagi menguruskan roadtax kenderaan sejak dari dulu lagi. Renew roadtax untuk orang lain selain daripada ahli keluarga tidak menimbulkan sebarang masalah.
Segala perubahan daripada pihak Jpj pasti akan memberikan manfaat bersama lebih-lebih lagi dalam urusan wakil renew roadtax.
Sudah pasti masih ramai yang tidak membuat pendaftaran di aplikasi MyJpj ini lebih-lebih lagi untuk orang yang sudah berumur. Maka, keputusan untuk renew roadtax bukan owner di atas talian boleh dibuat sekiranya pemilik memberi keizinan untuk mendaftarkannya secara online di Apps MySikap dan MyJpj.
Anda sebagai pemilik juga tidak perlu risau kerana setiap renew roadtax atas nama orang lain adalah didaftarkan secara sah dan tiada sebarang masalah berkenaan roadtax tak dibuat akan berlaku.