Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Insuran motor

Berapakah harga insuran motor RXZ ?

Harga insuran motor rxz. Berapakah jumlah bagi harga insuran motor bagi sebuah motor yang sangat terkenal di negara kita iaitu yamaha rxz ?

Memiliki sebuah motor yamaha rxz merupakan idaman bagi setiap lelaki tidak mengira muda hinggalah sudah mencecah warga emas.

Ini merupakan satu fenomena yang tidak boleh dibendung dibandingkan motosikal-motosikal lain yang sekadar hanya untuk kegunaan harian sahaja.

Namun, untuk motor yamaha rxz adalah lebih daripada itu. Ianya bukan sekadar kegunaan ke tempat kerja,ke kedai, malah ada yang simpan tanpa mendaftar dan menggunakannya langsung.

Lama ke lamaan fenomena membawa kepada akibat yang meningkatkan nilai harga motor rxz tersebut. Namun, jika harga motor yamaha rxz menjadi tinggi, adakah harga insuran motor rxz turut mengikuti trend atau permintaan tersebut ?

Market value motor yamaha rxz

Salah satu penyebab kepada harga insuran motor berubah-ubah adalah disebabkan market value sesebuah motor. Begitu juga untuk market value motor yamaha rxz juga memainkan peranan pada harga insuran motor rxz ini.

Namun, adakah para pemilik perlu cover insurans sebanyak apa yang dibeli selaras dengan permintaan harga kenaikan semasa membeli motor yamaha rxz ?

harga insuran motor rxz

Sebenarnya market value motor yamaha rxz adalah sama mengikut motor-motor lain. Ianya tetap bermula berdasarkan harga kilang atau baru keluar daripada kilang dan dijual di pasaran.

Jadi, pihak syarikat insuran akan mengikut panduan market value semasa bagi melindungi motor yamaha rxz anda dan bukannya berdasarkan harga semasa anda membeli motor yang meningkat naik harganya.

Berapa harga insuran motor rxz ?

Harga insuran motor rxz yang akan diberikan adalah berdasarkan anggaran sahaja. Ianya akan bermula berdasarkan permulaan anda memiliki motosikal yamaha rxz ini.

Pilihan juga terbahagi kepada harga insuran motor 1st party dan harga insuran motor third party. Keduanya merupakan pilihan, akan tetapi apabila umur motor yamaha rxz anda sudah melebihan 25 tahun dan ke atas, kebanyakkannya tidak boleh membuat cover insurans first party.

Hal ini disebabkan oleh risiko yang perlu ditanggung oleh pihak syarikat insuran adalah tinggi untuk motor yang sudah lama dikeluarkan iaitu bermula tahun 1985 sehingga 2010. Sebaliknya, peluang pilihan masih lagi terbuka pada yang memiliki motor yamaha rxz di bawah 25 tahun.

Berikut merupakan harga insuran motor rxz secara anggaran pada setiap tahun sebaik sahaja anda memiliki motor ini untuk harga insuran motor first party dan harga insuran motor 3rd party :

Market valueNCDHarga insuran motor first party
RM3,0000%RM310-RM330
RM2,70015%RM270-RM290
RM2,50020%RM250-RM270
RM2,30025%RM230-RM250
Market valueNCDHarga insuran motor third party
RM00%RM230-RM250
RM015%RM170-RM190
RM020%RM150-RM170
RM025%RM130-RM150

One thought on “Berapakah harga insuran motor RXZ ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *