Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Harga insurans keretaHarga roadtax kereta

Harga roadtax dan insurans kereta viva : Penjimatan berganda

Harga roadtax dan insurans kereta viva. Apakah anggaran terdekat yang boleh dijangka mengenai harga roadtax kereta viva dan juga harga insurans kereta viva ?

Kedua harga roadtax dan insurans kereta viva merupakan satu pelengkap menjadi sebuah budget yang wajib dikeluarkan setiap tahun.

Dengan pembayaran kedua ini, anda dikira sebagai pengguna jalan raya yang mengikuti peraturan secara asasnya.

Namun, secara praktikal pula, sebaik sahaja pembayaran telah pun dibuat dan menjadikan kereta perodua viva anda dilindungi oleh sesebuah syarikat insuran.

Di artikel ini, anda akan dapati harga roadtax dan insurans kereta viva secara penuh. Harga ini merupakan berhampiran dengan harga yang bakal anda dapat khususnya kepada yang baru saja memiliki kereta viva.

Harga roadtax kereta viva mahal ke?

Roadtax kereta viva merupakan cukai jalan raya yang dikenakan sebaik sahaja insuran kereta viva dihidupkan.

Harga roadtax kereta perodua viva yang dibayar adalah tetap dan jelas sekali tiada apa-apa penambahan harga lain kecuali kadar caj servis pihak tertentu.

Pihak berkuasa telah pun menetapkan harga roadtax kereta viva berjumlah sebanyak RM20 sahaja. Jumlah ini perlu dibayar setiap tahun tanpa kecuali.

Sebaik sahaja pembayaran dibuat, pastikan anda mendapat satu kertas secara hardcopy. Atau secara online iaitu softcopy menandakan tempoh roadtax viva anda telah dalam keadaan aktif.

Harga roadtax dan insurans kereta viva

Harga insurans kereta viva pula bagaimana?

Lain pula ceritanya untuk insurans kereta viva. Ada beberapa faktor yang menjadikan harga insurans kereta perodua viva murah ataupun mahal.

Antara faktornya adalah seperti model viva yang anda gunakan sama ada 660cc,850cc ataupun 1.0cc akan mempengaruhi market value.

Selain itu, pemilihan sama ada untuk menggunakan jenis insurans viva juga turut memberi impak kepada berbezanya harga insurans viva anda.

Jenis insuran viva iaitu menggunakan insurans 1st party, 3rd party fire and theft atau 3rd party RM0 yang tiada sebarang perlindungan.

Namun, rujukan jadual dibawah khasnya kepada anda yang pertama kali ingin menghidupkan insuran viva sendiri. Iaitu merupakan tahun kedua setelah anda membeli kereta viva secara secondhand.

Model Perodua VivaMarket valueNCDHarga insurans kereta Viva (First Party)
Perodua Viva 660 EXRM10,000(min)25%RM300-RM350
Perodua Viva 850 EXRM10,000(min)25%RM300-RM350
Perodua Viva 1.0 EliteRM11,000-RM15,00025%RM330-RM450
Model Perodua VivaMarket valueNCDHarga insurans kereta Viva (3rd Party RM7k Fire and theft)
Perodua Viva 660 EXRM7,00025%RM250-RM275
Perodua Viva 850 EXRM7,00025%RM250-RM275
Perodua Viva 1.0 EliteRM7,00025%RM250-RM275
Model Perodua VivaMarket valueNCDHarga insurans kereta Viva (3rd Party RM0)
Perodua Viva 660 EXRM025%RM225-RM250
Perodua Viva 850 EXRM025%RM225-RM250
Perodua Viva 1.0 EliteRM025%RM225-RM250

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *