Harga roadtax dan insurans kereta Waja
Harga roadtax dan insurans kereta Waja. Berapa anggaran terdekat bagi harga roadtax dan insurans kereta waja secara keseluruhan yang baru saja dimiliki atau bakal dimiliki ?
Jika dilihatkan di atas jalan raya, masih ada lagi yang menggunakan kereta proton waja yang satu ketika dahulu sangat dikagumi apabila ianya kelihatan.
Tidak kurangnya juga sekarang, jika dijaga dengan rapi dan baik pasti ianya terlihat seperti baru dibeli. Bukan sahaja itu, banyak kelebihan lain jika memiliki kereta proton waja yang salah satunya juga sparepart mudah didapati.
Namun, disebalik segala kelebihan itu, apakah kos harga roadtax dan insurans kereta waja ini cukup berbaloi jika baru dibeli walaupun secara secondhand ?
Berapakah harga roadtax kereta waja ?
Perkara paling mudah untuk diketahui adalah mengenai harga roadtax kereta waja. Hal ini kerana, kereta-kereta waja keluaran di negara kita semunya dilengkapi dengan cc enjin 1.6cc dan 1.8cc.
Sama ada waja campro atau CPS, kereta protom waja juga masih mempunyai keluaran selain enjin 1.6cc. Namun, ianya digunakan untuk beberapa projek special.
Jadi, untuk jualan di pasaran ramai di negara kita fokus lebih kepada waja 1.6cc sahaja dan ternyata itu pun sudah lebih daripada cukup bagi menampung kereta seberat 1.2tan ini.
Harga roadtax kereta waja adalah berjumlah RM90 sahaja. Harga ini merangkumi jangka masa selama 1 tahun sebaik sahaja roadtax kereta dihidupkan.
Berapa pula harga insurans kereta waja ?
Apabila bercakap mengenai harga insurans kereta waja, ianya adalah sangat subjektif dan tidak mudah untuk dianggarkan.
Namun, ada di antara kita suka akan anggaran terdekat supaya mudah untuk membuat simpanan awal atau budget beberapa bulan sebelum roadtax dan insurans kereta waja tamat.
Di bawah merupakan contoh mudah bagi anda yang kali pertama ingin renew insurans kereta waja :
- Jumlah market value kereta waja – Market value adalah bergantung kepada tahun kereta waja anda.
- NCD – Jika anda pertama kali membeli kereta, sudah pasti pada tahun pertama NCD anda adalah 25%
- Jenis insurans – Pemilihan sama ada insurans 1st party, 3rd party fire and theft atau 3rd party RM0 adalah bergantung kepada tahun kereta waja.
Contoh di bawah merupakan anggaran harga insurans sebuah kereta waja keluaran pada tahun 2010 :
Jenis insurans kereta | Market value | NCD | Harga insurans kereta waja | |
Insurans 1st party | RM10,000 | 25% | RM655 | |
3rd party fire and theft | RM10,000 | 25% | RM490 | |
3rd party | RM0 | 25% | RM377 |
Harga roadtax dan insurans kereta waja keseluruhan
Jumlah harga roadtax kereta waja perlulah ditambahkan dengan harga insurans kereta waja dan kemudian barulah boleh dikategorikan sebagai harga keseluruhan.
