Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Uncategorized

Harga roadtax dan insurans kereta Kancil 660 : Masih menjadi pilihan

Harga roadtax dan insurans kereta Kancil 660. Berapakah anggaran bagi kos menghidupkan roadtax dan insurans kereta yang terutamanya untuk kereta kancil 660 ?

Semenjak pengenalan dari jenama perodua, kereta kancil menjadi rebutan ramai oleh kerana harga dan fungsinya.

Dengan saiz yang kecil dan dalam keadaan seakan hatchback iaitu tanpa bonet belakang yang besar, sudah tentu menjadi pilihan ramai lebih-lebih lagi buat sebuah keluarga kecil.

Malah, untuk memilikinya juga boleh dikatakan sekitar RM25,000 sahaja pada waktu ianya dilancarkan. Jika dibandingkan pada tahun ini kita dengan agak murah, tetapi pada 3 dekat lepas ianya juga boleh dikatakan agak berbaloi untuk dimiliki berbanding dengan kereta lain jauh lebih tinggi.

Itu adalah keluaran kancil yang baru, tidak seperti sekarang yang merupakan kereta secondhand dimana harga untuk memiliknya jauh lebih murah iaitu sekitar RM2,000 hingga RM5,000 sahaja(rujukan mudah dot my).

Berapa pula harga roadtax kereta kancil 660 ?

Kehadiran kereta kancil 660 ini banyak membantu orang ramai sehingga dikenali sebagai kereta rakyat. Ianya juga pada ketika dahulu menjadi kereta di pusat latihan pemanduan memandu.

Sehingga kini ramai yang masih menggunakan kereta kancil 660 kereta lebih kepada faktor penjimatan minyak. Dan juga mudah untuk dikendalikan seperti parking dikawasan sempit.

Cukai jalan raya untuk kancil 660 ini adalah berbaloi untuk setiap tahun iaitu dengan hanya berjumlah RM20 sahaja.

Jumlah ini adalah tetap dan perlu melalui syarat utama iaitu menghidupkan insurans kereta kancil 660 terlebih dahulu.

harga roadtax dan insurans kereta kancil 660

Berapa kos harga insurans kereta kancil 660 ?

Insurans kereta adalah satu perlindungan wajib dikenakan setiap pengguna jalan raya termasuklah para pengguna kereta kancil 660.

Ada beberapa faktor yang membuatkan harga insurans kancil 660 ini menjadi tinggi atau rendah. Namun, anda tidak perlu risau.

Hal ini demikian, harga insurans kereta kancil 660 adalah sekitar RM180(paling rendah) hingga RM500(maximum) sahaja.

Ianya sangatlah berpatutan walaupun anda baru saja membeli kereta ini untuk kegunaan harian bagi seisi keluarga.

Namun, tawaran yang diberikan oleh pihak syarikat insuran hanyalah dengan perlindungan 3rd party kebakaran dan kecurian atau tidak sebarang perlindungan.

Ini kerana, faktor kereta kancil yang telah lama dilancarkan kecuali anda membeli kereta kancil di bawah 25 tahun seperti yang dinyatakan dalam geran kereta kancil 660 anda.

Kereta kancil 660 yang sebelum mencapai 25 tahun masih boleh membuat perlindungan insurans 1st party dengan hanya beberapa syarikat insurans sahaja yang menawarkannya (perlu kerajinan untuk mencari dan survey).

Harga insurans kereta kancil 660 untuk 1st party boleh dikatakan daripada RM250 hinggalah RM800 sahaja secara anggaran kasar.

Daripada jumlah ini anda boleh dapati harga keseluruhan roadtax dan insurans kereta kancil 660.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *