Harga roadtax motor Vario 160
Harga roadtax motor Vario 160. Berapakah harga roadtax motor bagi motosikal vario 160 yang sedang hangat di kedai-kedai motor ?
Setiap motosikal dibekalkan dengan sebuah enjin. Daripada enjin motor tersebut, boleh diketahui apakah jenis cc enjin yang sedang digunakan.
Tujuan artikel ini wujud adalah kerana nak mudahkan bagi korang yang berniat nak melamar berjenama terkenal iaitu honda vario 160.
Ada banyak keluaran bagi honda vario, antaranya adalah honda vario 125, honda vario 150 dan termasuklah fokus kita kepada motor honda vario 160 ini.
Namun, untuk yang terbaru honda vario 150 telah dihentikan keluarannya. Yang tinggal hanyalah vario 125 dan juga vario 160 sahaja.
Jadi, setelah korang memiliki motor honda ini, berapakah roadtax vario 160 yang sepatutnya korang bayar tanpa termasuk harga insuran motor vario 160 ini ?
Adakah motor honda vario 160 mempunyai cc enjin 160cc juga ?
Jika korang lihat pada motor vario 160 secara fizikal akan tertulis di bahagian badan atau depan yang digelar sebagai coverset.
Mungkin ramai yang ingat ini bermakna nombor tersebut mewakili nilai cc enjin. Adakah ianya benar atau mitos sahaja ?
Sebenarnya sejak kebelakangan ini banyak keluaran motor-motor baru menggunakan cara yang sama untuk menandakan ianya mempunyai nilai cc tersebut.

Nilai sebenar cc enjin motor vario 160 adalah berjumlah 156.9cc dan jika dibundarkan kepada nilai terdekat ia akan menjadi 160cc.
Jika motor yang korang sudah beli sudah tukar coverset yang tidak menyatakan nilai tersebut, dan korang sedikit keliru dan kurang pasti, korang boleh rujuk pada geran motor di aplikasi MyJpj.
Berapa harga roadtax motor vario 160 sebenarnya ?
Mengapa korang nak lihat jumlah cc enjin seperti di atas ?Ada sebabnya iaitu harga roadtax honda vario 160 adalah merujuk kepada berapa nilai cc enjin motor korang.
Untuk roadtax vario 160, harga roadtax motor vario 160 adalah berjumlah sebanyak RM30 sahaja untuk sekali pembayaran dalam 1 tahun.
Jadi setiap tahun nilai RM30 perlu dibayar bagi menghidupkan atau renew roadtax motor tanpa ada sebarang masalah.
Pingback: Harga roadtax motor anda berapa ? - Mekanikakereta