Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Insuran motor

Harga insuran motor 155cc berapa ?

Harga insuran motor 155cc. Berpakah harga insuran motor sebenarnya perlu dibayar bagi para pemilik motor yang bakal pembeli atau baru saja membeli motor yang mempunyai 155cc?

Ramai orang ingat cc enjin yang tertera pada coverset motor itu akan melambangkan jumlah cc enjin yang digunakan. Jawapan kepada persoalan ini ada betul dan salahnya.

Yang salah bila anda terus menganggap tulisan pada cover set motor itu penentu jumlah cc enjin. Namun, bagaimana untuk motor yang tidak disertakan nombor pada tulisan di cover set motor ?

Manakala, yang betul adalah anda sendiri check sendiri melalui sumber-sumber yang benar dan tepat. Salah satunya adalah melihat pada sijil pemilikan kenderaan atau geran motor anda.

Berapa nilai market motor 155cc ?

Seterusnya apabila bercakap mengenai harga insuran motor, market value motor merupakan perkara utama perlu anda telitikan. Hal ini demikian, market value merupakan penentu utama sama ada harga insuran motor 155cc anda tinggi atau pun rendah.

Nilai market value pula bergantung kepada market semasa motor 155cc anda. Lain model motorsikal 155cc, maka lain juga harga insuran motot 155cc yang bakal didapati.

Kebanyakkan motor-motor 155cc ini adalah baru dan nilai marketnya masih tinggi. Oleh itu, anggaran harga insuran motor 155cc akan diberikan supaya memudahkan urusan anda sebagai pemilik motor yang baru pertama kali ingin menghidupkan insuran motor.

Untuk yang sudah memiliki motor 155cc ini 2 tahun dan keatas juga boleh merujuk pada anggaran yang diberikan.

Harga insuran motor 155cc

Perkara penting mengenai insuran motor 155cc

Harga insuran motor 155cc secara tepat sebenarnya tidak boleh diberikan oleh kerana beberapa faktor yang mempengaruhi harga secara tepat seperti :

  1. Market value motor 155cc semasa
  2. Peratus Ncd
  3. Tawaran syarikat insuran yang berbeza
  4. Pilihan sama ada insuran 1st party atau insuran 3rd party
  5. Umur pemilik

Sudah pasti faktor-faktor di atas akan diambil kira oleh syarikat insuran motor. Hal ini amat perlu demi membolehkan sesebuah syarikat insuran melindungi motor anda.

Tawaran insuran motor untuk yang baru dan masih mempunyai loan daripada kedai, bank atau agensi kewangan adalah sangat digalakkan untuk mengambil insuran motor first party dibandingkan insuran motor 3rd party.

Hal ini kerana, risiko terhadap kemalangan untuk motosikal adalah tinggi dan ditambah pula dengan loan motor masih baru saja dibuat. Jadi, harga insuran motor 155cc yang akan diberikan merupakan harga insuran motor first party sahaja.

Berapa harga insuran motor 155cc sebenarnya ?

Berikut merupakan anggaran bagi harga insuran motor 155cc mengikut market motor terdekat dan tertentu. Ianya tidaklah begitu tepat, namun boleh dijadikan rujukan berhampiran bagi setiap tahun anda ingin hidupkan insuran motor 155cc.

Tahun motorMarket valueNCDHarga insuran motor 155cc
1RM10,000-RM12,0000%RM650-RM700
2RM9,000-RM11,00015%RM500-RM650
3RM8,000-RM10,00020%RM450-RM500
4RM7,000-RM9,00025%RM400-RM450

One thought on “Harga insuran motor 155cc berapa ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *