Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Insuran motor

Harga insuran motor 500cc

Harga insuran motor 500cc. Berapakah harga insuran motor yang sepatutnya anda keluarkan setiap tahun untuk motor yang mempunyai 500cc ?

Memiliki motor cc enjin yang besar merupakan satu tanggungjawab yang agak berat bagi menyediakan perbelanjaannya.

Antara perbelanjaan yang perlu anda aturkan adalah maintainence motor mengikut jadual yang teratur, duit insuran motor dan juga duit roadtax motor 500cc anda.

Di artikel ini kita akan fokuskan mengenai harga insuran motor 500cc yang perlu anda tahu anggarannya.

Walaupun ianya satu anggaran, namun harga insuran motor 500cc yang diberikan adalah berdekatan dengan harga insuran motor 500cc yang sebenar untuk motor anda.

Artikel berkait : Senarai harga insuran motor mengikut cc

Motor yang mempunyai 500cc di negara kita

Tidak banyak pilihan untuk motor yang mempunyai 500cc. Antara motor 500cc yang ada di pasaran negara kita adalah :

  1. Honda CBR500R
  2. Honda CB500X
  3. Benelli Leoncino 500

Berapakah harga market value bagi motor 500cc tersebut ?

Ketiga-ketiga motor di atas merupakan dari cc enjin 500cc. Kebanyakkan dari motor 500cc ini tidak banyak memasuki negara kita.

Kemungkinan faktor kurang pilihan dari pemilik motor yang ingin terus mengambil cc enjin yang lebih besar dari 500cc.

Kebanyakkan dari motor 500cc di atas akan bermula dengan market value sebanyak RM30,000.

Walaupun tidak begitu mahal, tetapi ianya sangat sesuai bagi pemula untuk kategori motor besar untuk menyesuaikan diri bukan saja dengan maintainence, malah dengan harga insuran motor 500cc.

harga insuran motor 500cc

Berapakah harga insuran motor 500cc ?

Harga insuran motor 500cc yang diberikan merupakan anggaran berdasarkan market value motor 500cc anda.

Harga yang bermula adalah berdasarkan NCD sebanyak 10% yang merupakan tahun pertama anda menghidupkan insuran motor 500cc.

Senarai harga insuran motor 500cc di bawah merupakan dari harga insuran motor first party.

TahunNCDMarket valueHarga insuran motor 500cc
Tahun 110%RM25,000RM820-RM850
Tahun 215%RM21,400RM750-RM790
Tahun 320%RM18,100RM690-RM730
Tahun 425%RM16,900RM550-RM590

Apakah harga insuran motor 500cc boleh dibuat insuran 3rd party ?

Kesesuaian untuk membuat insuran 3rd party bagi motor 500cc adalah sangat tidak digalakkan.

Hal ini kerana motor 500cc anda adalah merupakan motor keluaran bagi dan masih mempunyai baki pinjaman.

Kecuali bagi anda yang membeli motor 500cc ini dengan harga secara tunai. Tiada sebarang masalah sebenarnya untuk anda melindungi motor 500cc anda dengan insuran 3rd party.

Namun, perlu diingatkan agar segala risiko dan tanggungjawab adalah terletak pada anda sendiri sebagai pemilik motor 500cc.

One thought on “Harga insuran motor 500cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *