Harga insuran motor 750cc
Harga insuran motor 750cc. Berapakah nilai bagi harga insuran motor untuk anda yang ingin atau baru membeli motosikal 750cc ?
Tanggungjawab dalam menghidupkan insurans motor perlu dijadikan keutamaan kepada setiap pemilik motosikal.
Kaitan insurans motor sudah tentu terpaut pada roadtax motor. Jika ada roadtax motor maka ianya pasti insuran motor turut sudah di renew.
Namun, sekiranya anda telah membuat insuran motor, maka belum tentu roadtax motor anda belum dibuat.
Di artikel ini kita akan fokus kepada berapakah harga insuran motor 750cc yang berada di atas jalan raya ? Apakah harga insuran motor 750cc ini mudah dibandingkan antara motor yang mempunyai sama cc iaitu 750cc ?
Antara motosikal yang mempunyai cc enjin 750cc di negara kita
- Honda x-adv 750
- Suzuki gsr 750
- Suzuki gsx-s750
- Aprilia shiver 750
- Harley-davidson street 750
Motor-motor di atas sudah pasti menjadi pilihan kepada pembeli motosikal berkuasa besar 750cc.
Terdapat banyak lagi pilihan motosikal 750cc. Namun, senarai di atas ini antara yang menjadi pilihan ramai pengemar motosikal.
Ciri-ciri harga insuran motor 750cc
Apa yang boleh anda perlihatkan adalah beberapa ciri-ciri bagi menentukan harga insuran motor 750cc sebelum menghidupkannya.
Antaranya adalah seperti berikut adalah :
- Harga insuran motor 750cc perlu dibuat dengan harga insuran motor first party
- Market value bagi motosikal 750cc tidak sama berdasarkan jenama, tahun motor yang ditawarkan semasa anda membelinya.
- Ncd atau no claim diskaun yang bermula akan berbeza berdasarkan menggunakan 0% atau transfer ncd daripada motosikal lama.
Berapakah anggaran bagi harga insuran motor 750cc ?
Contoh anggaran untuk harga insuran motor 750cc adalah berdasarkan motor honda x-adv 750.
Harga market value adalah bermula dari tahun pertama anda membuat sendiri insuran motor dan tidak termasuk harga insuran motor semasa anda baru membeli moto honda x-adv 750 ini.
Anda boleh jadikan rujukan harga insuran motor 750cc bagi motor xadv 750 ini bagi motor-motor 750cc yang lain sekiranya market valuenya tidak jauh dari motorsikal xadv 750 yang bermula dengan harga RM65,000.
Tahun | Ncd | Market value | Harga insuran motor 750cc |
1 | 10% | RM61,000 | RM2,100-RM2,200 |
2 | 15% | RM55,000 | RM1,800-RM1,900 |
3 | 20% | RM50,000 | RM1,600-RM1,700 |
4 | 25% | RM46,000 | RM1,400-RM1,500 |
Jadual di atas merupakan contoh anggaran bagi harga insuran motor 750. Jika market value motor 750 anda berhampiran, maka rujukan terdekat mudah anda anggarkan berapa budget yang nak dikeluarkan pada setiap tahun.
Pingback: Senarai harga insuran motor mengikut cc - Mekanikakereta