Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Harga insurans keretaHarga roadtax kereta

Harga roadtax dan insurans kereta myvi

Harga roadtax dan insurans kereta myvi. Berapakah kadar harga bagi anda yang ingin menghidupkan roadtax dan insurans kereta myvi ?

Penglibatan setelah memiliki kereta myvi dalam renew roadtax dan insurans kereta myvi adalah satu kewajipan.

Kos-kos ini perlulah diperincikan sebaiknya supaya anda boleh melakukan pengiraan budget diawal waktu dan tidak terkejut setelah mendapatkan quotation.

Aktiviti ini adalah kebiasaan bagi setiap orang yang mempunyai kereta terutamanya kereta perodua myvi. Berikut merupakan perkara yang perlu diberi perhatian oleh para pengguna kereta myvi :

Perkara asas sebelum hidupkan roadtax dan insurans kereta myvi

Apa yang aku kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Asas atau basic untuk menghidupkan roadtax dan insuran kereta myvi adalah :

harga roadtax dan insurans kereta myvi

1. Harga roadtax kereta myvi dengan mengetahui jumlah cc enjin kereta myvi

Terdapat 3 jenis enjin bagi kereta perodua myvi antaranya adalah 1000cc (1.0cc). 1300cc (1.3cc) dan juga 1500cc (1.5cc).

Daripada cc enjin kereta myvi anda boleh ketahui jumlah harga roadtax kereta perodua myvi dari awal lagi.

2. Harga insurans kereta myvi berdasarkan perkara utama dibawah :

  • Market value kereta myvi anda pada tahun ini
  • Jumlah peratus NCD dalam nilai %
  • Pemilihan jenis insurans kereta myvi iaitu 1st party, 3rd party fire and theft atau 3rd party RM0
  • Syarikat insuran yang berbeza menawarkan harga insuran myvi yang berbeza (tidak begitu jauh nilainya)

Harga roadtax dan insuran kereta myvi 1.3

Jika dianggarkan, harga renew roadtax dan insurans kereta myvi untuk 1.3 mestilah lebih murah dibandingkan enjin lebih besar.

Iya betul bagi harga roadtax myvi, namun tidak untuk harga insurans myvi. Boleh jadi harga myvi 1.3 lebih tinggi oleh sebab faktor NCD dan juga jenis insurans yang diambil.

Harga roadtax dan insurans kereta myvi 1.5

Manakala, roadtax dan insurans myvi 1.5 pula boleh menjadi lebih murah oleh kerana faktor NCD yang ditransfer daripada kereta lama ketika anda baru membeli kereta myvi.

Bayangkan sehingga 55% penjimatan boleh didapati olleh pemilik kereta yang membuat transfer NCD.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *