Harga roadtax dan insurans kereta vios : Model keli, jerung dan baru
Harga roadtax dan insurans kereta vios, Berapakah harga keseluruhan untuk sesebuah harga roadtax kereta vios dan juga harga insurans kereta vios untuk pertama kali anda renew sendiri ?
Kebiasaan anda akan beri perhatian pada budget harga roadtax dan insurans kereta ketika anda baru sahaja memiliki kereta toyota vios yang terutamanya pada tahun kedua.
Hal ini demikian, pada tahun pertama pembelian, harga roadtax dan insurans kereta vios telah pun dimasukkan ke dalam deposit atau jumlah loan kereta yang anda buat.
Jadi, ianya tidak begitu terasa kerana kos-kos roadtax dan insurans vios diuruskan pihak kedai atau pusat pembelian kereta. Oleh itu, pada tahun kedua bermulanya adalah perlu ketahui segala kos penting termasuklah roadtax dan insurans kereta vios.
Berapa harga roadtax kereta vios mengikut model keli, jerung dan baru ?
Untuk pengetahuan anda, model kereta toyota vios seperti keli (ncp150 dan nsp151) adalah merupakan generasi ketiga. Manakala, model jerung (ncp151) pula juga merupakan generasi ketiga dan ianya merupakan keluaran facelift.
Seterusnya adalah model ac100 vios adalah model atau generasi keempat yang berada di pasaran di negara kita. Ketiga-tiga nama di atas merupakan gelaran terdekat di minda para pengguna kereta vios.
Namun, adakah harga roadtax kereta vios juga turut sama untuk ketiga-tiga model ini ? Jawapannya adalah sama iaitu berjumlah RM90 sahaja bagi tempoh 12 bulan.
Hal ini demikian, jumlah cc enjin untuk ketiga-tiga model toyota vios ini adalah sama iaitu sebanyak 1500cc atau 1.5cc .

Berapa harga insurans kereta vios ?
Harga insurans kereta vios adalah berbeza mengikut faktor-faktor tertentu antaranya adalah tahun kereta, model kereta vios, dan juga spec yang dipilih oleh para pemilik.
Namun, anggaran harga insurans vios di bawah ditetapkan kepada NCD sebanyak 25% kerana ini adalah dari kebanyakkan dari kita yang memiliki kereta vios untuk kali pertama sama adalah secara baru atau secondhand.
Rujuk jadual di bawah khasnya untuk anda yang baru memiliki kereta toyota vios mengikut model-model yang dinyatakan.
Market value | NCD | Harga insurans kereta vios keli |
RM33,000-RM53,000 | 25% | RM1,320-RM2,120 |
Market value | NCD | Harga insurans kereta vios jerung |
RM57,000-RM62,000 | 25% | RM2,280-RM2,480 |
Market value | NCD | Harga insurans kereta vios baru |
RM85,000-RM90,000 | 25% | RM3,400-RM3,600 |