Harga roadtax motor 125cc
Harga roadtax motor 125cc. Adakah harga roadtax motor untuk cc enjin motor 125cc mahal atau murah ?
Dalam banyak-banyak pilihan motor, cc enjin motor 125cc suatu ketika dulu menjadi idaman para peminat motosikal.
Bukan saja sejak dahulu, namun, sehingga sekarang ianya menjadi antara pemilikan tertinggi di negara kita.
Antara motosikal menjadi pilihan untuk cc enjin 125cc adalah yamaha 125z dan 125zr. Tidak ketinggalan juga keluaran motor-motor lain seperti honda wave 125 bagi segmen 4 stroke.
Tidak hairanlah pada waktu sekarang ianya masih menjadi pilihan untuk dimiliki walaupun keluaran motor-motor ini telah dihentikan.
Berapakah harga roadtax motor 125cc ?
Untuk pengetahuan anda, cc enjin motor dijadikan sebagai pengukur kepada harga roadtax motor.
Lebih besar jumlah cc enjin motor anda, lebih besar jumlah harga roadtax motor anda perlu belanjakan setiap tahun.
Manakala, jika lebih kecil cc enjin motor anda, maka lebih murah harga roadtax motor anda perlu bayar setiap tahun.
Namun, terdapat beberapa penetapan atau limit bagi setiap cc enjin motor seperti 125cc merupakan di bawah cc enjin 150cc.
Oleh itu, harga roadtax motor 125cc anda adalah berjumlah RM2 sahaja untuk 12 bulan atau 1 tahun.
Adakah harga roadtax motor 125cc sudah termasuk harga insuran motor 125cc ?
Harga roadtax motor 125cc anda adalah berasingan dengan harga insuran motor 125cc anda.
Di artikel ini, kita akan fokuskan harga roadtax motor untuk motor yang mempunyai 125cc sahaja.
Jangan anda salah faham kerana harga insuran motor 125cc adalah tidak termasuk dengan harga ini.
Bagaimana nak kenal pasti motor anda merupakan 125cc ?
Ada beberapa cara untuk anda ketahui cc enjin motor anda adalah 125cc antaranya :
1. Lihat pada tulisan sticker motor anda
Kebanyakkan motor akan menjadikan nama motor menggunakan cc enjin yang digunakan.
Sudah pasti sticker pada coverset motor anda juga akan tertulis cc enjin motosikal anda.
2. Cc enjin motor yang tertulis dalam geran motor
Setiap pemilik motor bila dah selesai pembelian akan mendapat satu sijil iaitu geran motor.
Dalam geran motor ini akan tertulis beberapa maklumat penting antaranya adalah cc enjin motor anda.
Di situlah cc enjin motor anda akan tertera dan anda boleh memastikan yang motor anda merupakan 125cc.
Pingback: Harga roadtax motor anda berapa ? - Mekanikakereta