Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Roadtax motor

Harga roadtax motor 155cc berapa ?

Harga roadtax motor 155cc. Adakah anda memiliki atau menggunakan motor yang mempunyai cc enjin 155 ? Anda ingin tahu harga roadtax motor bagi enjin 155cc berapa ?

Roadtax motor merupakan perkara wajib perlu ada pada motor anda. Tanpa roadtax motor, anda dikategorikan sebagai melanggar undang-undang sekiranya masih menunggang motor di atas jalan raya.

Oleh itu, hidupkan dan renew roadtax motor anda dengan segera tanpa sebarang penangguhan.

Walaupun anda kekurangan budget untuk renew roadtax motor, ambil initiatif untuk mengumpul duit sebelum tiba masanya untuk anda membayar harga roadtax motor.

Di artikel ini, akan difokuskan kepada anda yang ingin menghidupkan roadtax motor yang mempunyai cc enjin 155.

Bagaimana nak tahu cc enjin motor anda mempunyai 155cc ?

Bukan semua motor mempunyai cc enjin motor 155cc. Untuk anda yang nak kenal pasti bagaimana nak tahu cc enjin motor anda adalah 155cc iaitu dengan melihat pada geran motor anda.

Cari pada tulisan cc enjin pasti akan tertulis nilai yang tepat berapa cc enjin motor anda. Anda akan terlihat adakah di bawah 150cc atau di atas 150cc.

harga roadtax motor 155cc
Harga roadtax motor 155cc

Mengapakah harga roadtax motor 155cc berbeza ?

Terdapat had dalam harga roadtax motor yang telah ditetap mengikut cc enjin motor anda.

Jika ditulis 150cc dan ke bawah, harga roadtax motor anda pasti akan berjumlah sebanyak RM2.

Namun, masuk saja 151cc da ke atas, harga roadtax motor akan berbeza jauh sedikit dari harga roadtax motor 150cc ke bawah.

Penetapan ini telah ditetap oleh Jpj sendiri agar dapat membezakan cc enjin anda itu melebihi atau kurang dari yang ditetapkan.

Berapakah harga roadtax motor 155cc ?

Harga roadtax motor 155cc adalah berjumlah sebanyak RM30 sahaja untuk setahun atau 12 bulan. Jika anda ingin buat 6 bulan, maka harga roadtax motor 155cc ini menjadi RM15 sahaja.

Antara motor yang menjadi idaman dan perlu ada disetiap rumah adalah seperti yamaha nvx. Harga roadtax nvx 155 berjumlah sebanyak RM30 untuk 12 bulan.

Baca selanjutnya : Harga roadtax nvc 155

Contoh lain motor yang mempunyai cc enjin 155cc adalah yamaha y16zr. Harga roadtax motor y16 ini juga adalah RM30 sahaja untuk 1 tahun sepanjang ianya dihidupkan.

Adakah harga roadtax motor 155cc ini sudah termasuk harga insurans motor 155cc ?

Untuk maklumat, harga roadtax motor 155cc yang berjumlah RM30 setahun ini adalah belum termasuk dalam harga insurans motor 155cc.

Harga roadtax motor 155cc adalah perlu dibayar kepada pihak Jpj. Manakala, harga insurans motor 155cc perlu dibayar perlu syarikat insurans motor.

2 thoughts on “Harga roadtax motor 155cc berapa ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *