Harga roadtax motor 750cc berapa ?
Harga roadtax motor 750 cc. Berapakah harga roadtax motor yang khasnya bagi yang menggunakan motor 750cc dan senarai jenama dan model motor yang ada di pasaran ?
Ada terdapat banyak model dan jenama motor yang menggunakan 750cc sejak dari dahulu hingga sekarang.
Yang menggunakan clutch dan juga sekarang hangat di pasaran motor-motor skuter menjadi pilihan ramai.
Tidak lupa juga bagi yang sukakan motor-motor jenis touring juga terdapat dalam kalangan enjin 750 ini.
Model dan jenama motor 750cc
Berdasarkan kategori yang dinyatakan seperti motor sbk, touring dan juga skuter, berikut merupakan model dan juga jenama yang sudah ada di pasaran negara kita iaitu :
- Honda X-Adv 750
- Honda Transalp 750
- Honda Hornet CB750
- Aprilia Shiver 750
- Suzuki GSX-S750
Model dan jenama motor di atas ada juga yang terkini dan ada juga yang menjangkau lebih 5 tahun ke atas. Namun, ianya masih dicari dan dibeli oleh peminat motor 750 cc.

Harga roadtax motor 750cc
Roadtax motor 750cc adalah merujuk kepada keupayaan enjin yang secara detail dilihat beberapa cara yang salah satunya adalah melalui melihat geran motor.
Melalui jumlah yang teliti ini, barulah boleh menentukan harga roadtax motor 750 cc. Berikut merupakan keupayaan cc enjin secara detail tersebut :
- Honda X-Adv 750 mempunyai 745cc
- Honda Transalp 750 mempunyai 755cc
- Honda Hornet CB750 mempunyai 755cc
- Aprilia Shiver 750 mempunyai 749.9cc
- Suzuki GSX-S750 mempunyai 749cc
Jadi, kesemua motor di atas antara yang dilengkapi enjin 750cc. Ada terdapat banyak lagi motor tetapi yang dinyatakan ini antara pilihan utama di negara kita.
Harga roadtax motor 750cc adalah berjumlah RM250 sahaja bagi 1 tahun. Untuk anda yang ingin hidupkan roadtax motor 6 bulan, maka harganya adalah RM125 sahaja.
Harga insuran motor 750cc adalah belum termasuk dengan harga roadtax motor 750cc yang telah diberitahu kerana ianya terdiri daripada kiraan yang berbeza.
Justeru, pastikan anda dapat bezakan harga roadtax dan insurans motor 750cc secara keseluruhan.
Pingback: Harga roadtax motor anda berapa ? - Mekanikakereta