Saiz bateri kereta Kancil 850 : Pilihan yang sesuai
Saiz bateri kereta Kancil 850 . Apakah saiz bateri kereta kancil yang paling sesuai digunakan terutamanya bagi anda yang mempunyai kereta perodua kancil 850 ?
Dalam penggunaan sesebuah kereta yang dilengkapi dengan bateri kereta sudah pasti akan alami beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan mahupun sebaliknya.
Apabila tiba masa bateri kereta nak habis, terdapat ciri-ciri bateri kereta berdasarkan model dan jenama kereta anda gunakan yang perlu diberi tumpuan.
Tumpuan tersebut adalah seperti saiz bateri kereta yang paling sesuai digunakan. Saiz bateri bukan sekadar ukuran pada reka bentuk bateri, malah turut pada kuasa yang dibekalkan.
Di artikel ini, fokus utamanya adalah tentang saiz bateri kereta kancil 850 manakah yang berbaloi untuk digunakan seiring dengan kehendak mahupun keperluan minima.
Ada orang sekadar guna sahaja saiz bateri kancil 850 yang ada dijual di kedai terdekat walaupun tidak mempunyai pilihan lain.
Malah, ada juga yang inginkan ketahanan sebagai kepuasan apabila mengeluarkan 1 jumlah terhadap saiz bateri kancil 850 yang tepat walaupun perlu mencari dari kedai ke kedai bateri kereta.
Saiz bateri kereta Kancil 850
Secara asasnya kod bagi saiz bateri kereta kancil 850 yang mudah anda ketahui pada jenama-jenama bateri sedia ada adalah NS40ZL.
Akan tetapi itu adalah secara luaran sahaja yang bermaksud fizikal pada bateri tersebut yang boleh digunakan oleh kereta perodua kancil 850.
Contohnya ukuran bateri ns40zl yang boleh digunakan kancil 850 tersebut mempunyai bacaan seperti B19L atau B20L.
Namun, jika sedikit teliti, anda boleh melihat dengan lebih utama adalah kuasa yang dibekalkan dari jenama bateri yang berbeza adalah tidak sama.
Contoh saiz bateri kereta kancil 850 yang paling minima ada di pasaran adalah seperti 38B19L atau 38B20L. Saiz bateri kancil 850 ini boleh saja digunakan tetapi ketahanannya juga adalah minima.
Antara pilihan saiz bateri kancil 850 yang digalakkan adalah seperti 40B19L atau 40B20L. Ada juga pilihan dipasaran menjual saiz bateri perodua kancil 850 seperti 46B20L, namun, ianya juga dibolehkan bergantung kepada anda sebagai pemilik kereta.

Kesimpulan
Pemilihan saiz bateri kancil 850 yang lebih berkuasa memberi kelebihan dari segi ketahanan. Namun, dari segi kosnya pula sedikit tinggi dibandingkan pilihan jenama lain yang menawarkan jumlah AH yang sedikit rendah.
Pilihan adalah terletak di tangan anda. Apa yang boleh disarankan disini adalah setiap orang menggunakan kereta dengan pelbagai cara.
Lain orang maka lain juga cara pembawaan sesebuah kereta. Tiada sebarang jaminan ketahanan walaupun anda menggunakan saiz bateri kancil 850 yang tinggi AH sekiranya cara pemanduan anda yang lebih lasak.
Namun, sekiranya anda menggunakan saiz bateri kereta kancil 850 yang rendah AH dan cara pemanduan lebih berhemah dan kurang penggunaan elektronik tambahan, maka ketahanan sesebuah bateri kereta juga turut boleh berlaku.

Pingback: Saiz bateri kereta kancil - Mekanikakereta