Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Insuran motor

Harga insuran motor first party : Pengalaman sendiri

Harga insurans motor first party. Berapakah harga insurans motor terutamanya bagi anda yang ingin membeli insurans motor 1st party ?

Insuran motor memberikan perlindungan kepada motor anda sekiranya jika berlaku sebarang kemalangan, kehilangan ataupun kebakaran.

Peranan insurans motor sangatlah penting. Ada dua kategori insurans motor iaitu komprehensif atau insurans motor first party serta insurans motor 3rd party.

Di artikel ini, kita akan kupaskan sedikit sebanyak harga insurans motor first party oleh sesebuah motosikal.

Segala anggaran harga insurans motor first party di bawah merupakan dari pengalaman aku sendiri yang survey berdasarkan dari beberapa syarikat insurans.

Artikel terdahulu : Harga insuran motor first party dan harga insuran motor 3rd party

Apakah menjadi faktor harga insurans motor first party itu berbeza sepatutnya ?

Pernah tak anda perhatikan mengapa setiap syarikat insurans memberikan harga insurans motor first party yang berbeza ?

harga insurans motor first party
Harga insurans motor first party

Aku sendiri di awalnya berasa hairan kenapa harga insurans motor first party itu berbeza. Bila dah tahu faktornya barulah aku faham.

Berikut merupakan mengapa faktor harga insurans motor first party berbeza :

1. Syarikat insurans motor pilihan anda

Kerap kali bila anda dah biasa dengan satu syarikat insurans motor seperti etiqa takaful, pasti sampai bila-bila anda akan terus memilih syarikat insurans yang sama.

Namun, tahukah anda, setiap tahun syarikat-syarikat insurans ini akan bersaing menawarkan harga insurans motor first party paling rendah boleh dimiliki oleh anda.

Jadi, jika anda rasakan pada tahun tersebut harga insurans motor first party turun sedikit sahaja, maka rajin-rajinkanlah membuat survey syarikat insurans lain.

Seperti aku sendiri sebelum ini tidak kisah sangat, tapi bila harga insurans motor first party tidak turun walaupun peratus NCD meningkat, aku cuba survey pada syarikat insurans motor yang berbeza. Hasilnya, tidaklah begitu jauh penjimatannya, namun, tetap memberikan manfaat yang sama.

2. Market value motor yang betul

Tidak semua orang ambil kisah dengan market value motor pada tahun tertentu. yang pasti benda yang wajib adalah nak dapatkan harga insurans motor first party paling murah.

Perkara ini adalah tidak patut sebenarnya. Keutamaan sepatutnya diberikan kepada market value motor yang tidak terlalu tinggi dan tidak juga tidak terlalu murah berdasarkan tahun motor anda.

Aku pernah diberikan market value motor y15zr aku sebanyak RM1,000 pada tahun itu. Namun, sebenarnya market value pada tahun itu adalah RM5,500.

Memang jauh lebih murah. Namun, jangan tergoda dengan harga insurans motor first party yang terlalu rendah tersebut yang kelak boleh melindungi motor anda maximum sebanyak RM800 hingga RM900 sahaja.

3. Pengambilan all rider dalam harga insurans motor first party

Sejujurnya all rider merupakan pilihan bagi anda untuk melindungi sesiapa selain dari anda yang merupakan pemilik motor yang menggunakan motor tersebut dan kemudian berlaku kemalangan.

Maksudnya jika adik atau kawan atau anak anda menggunakan motor tersebut, lalu mengalami kemalangan, all rider ini akan memberikan perlindungan insurans motor anda tanpa perlu membayar nilai excess atau denda.

Jika anda tidak mengambil all rider, harga insurans motor first party anda akan menjadi murah, namun kesannya semasa kepada pengguna motor anda jika berlaku kemalangan.

Selagi nilai excess atau denda tidak dibayar, maka claim insurans motor anda juga tidak boleh diteruskan.

Harga insurans motor first party yang sepatutnya dibayar

Di bawah ini merupakan anggaran harga insurans motor first party semasa aku melakukan survey berdasarkan market value yang sama. Namun, berbeza dari segi syarikat insurans motor. Dan sudah pasti aku memilih all rider sebagai pilihan agar tidak dikenakan dengan sebelum melakukan claim insurans.

Berikut merupakan harga insurans motor first party :

Jenama syarikat insurans motorHarga insurans motor first party
Etiqa takafulRM245
Liberty insuransRM249
Takaful IkhlasRM230
Takaful MalaysiaRM234
Am GeneralRM220
Harga insurans motor first party

Bacaan terkait : Harga insuran motosikal third party

Harga insurans motor first party di atas merupakan harga kepada motor yang aku gunakan iaitu y15zr pada tahun ke 3 insurans dihidupkan dengan NCD sebanyak 15% manakala market value adalah sebanyak RM5,500.

Harga di atas juga merupakan anggaran lebih kurang. Setiap dari anda yang mempunyai pengalaman yang sama ada kemungkinan mendapat harga insurans motor first party yang berbeza oleh kerana beberapa faktor lain contohnya umur pemilik dan juga tahun bilakah insurans motor dihidupkan.

3 thoughts on “Harga insuran motor first party : Pengalaman sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *