Harga insuran motosikal third party
Harga insuran motosikal third party. Apakah itu harga insurans motor untuk 3rd party ? Adakah setiap motor dibolehkan untuk hidupkan harga insuran motosikal third party ?
Setiap motosikal diwajibkan untuk hidupkan insuran motor. Jika tidak renew insuran motor, maka roadtax motor anda juga tidak dapat anda renew.
Renew insurans motor juga dapat melindungi motor anda sekiranya anda mengalami kemalangan jalan raya.
Duit insuran motor yang anda bayar itulah akan digantikan dengan jumlah berapa anda lindungan motor anda mengikut market value semasa.
Namun, bagaimana jika anda renew roadtax motor 3rd party ? Adakah insuran motor 3rd party akan melindungi motor anda ?
Rujukan terdahulu : Harga insuran motor first party dan harga insuran motor 3rd party
Adakah semua motosikal boleh hidupkan insurans motor 3rd party ?
Jika diikutkan, tidak semua motosikal boleh menghidupkan insurans motor third party. Hal ini demikian, ianya bergantung kepada beberapa faktor seperti :
- Motosikal yang anda beli merupakan motosikal baru.
- Motor anda masih mempunyai baki pinjaman bersama pihak kedai atau aeon.
- Tawaran yang diberikan oleh syarikat insurans.
Baca selanjutnya : Perbezaan insuran motosikal first party dan third party
Lihat pada list 1 dan 2 di atas, ianya bergantung pada diri anda sekiranya masih mahu renew insurans motor 3rd party.
Namun, jika anda lihat pada list ke 3, tidak semua syarikat insuran yang menawarkan insurans motor 3rd party kepada motor baru dan lebih-lebih lagi ianya masih mempunyai baki pinjaman.
Sekiranya tiada syarikat insuran yang menawarkan harga insuran motosikal third party kepada motor baru anda, maka anda wajib renew insurans motor first party kerana hanya itulah pilihan yang ada.
Artikel berkaitan : Harga insuran motor ex5
Berapakah harga insuran motosikal third party yang sepatutnya dibayar mengikut motor yang anda gunakan ?
Harga insuran motosikal third party di bawah merupakan anggaran yang boleh anda buat rujukan berdasarkan 1 syarikat insurans yang menawarkan insuran 3rd party.
Selain itu, NCD di atas merupakan 25% dan tidak bergantung kepada tahun bilahkah motor anda dikeluarkan.
Jenis motosikal | Harga insuran motosikal third party |
Yamaha 125zr | RM130 |
Honda RS150 | RM145 |
Yamaha y15zr | RM155 |
Yamaha NVX 155 | RM160 |
Honda Wave 125 | RM91 |
Yamaha y16zr | RM170 |
Mengapakah perlu juga anda bayar harga insurans motor walaupun anda membeli harga insuran motorsikal third party ?
Kewajipan bagi anda untuk renew insuran motor walaupun insurans motor 3rd party adalah penting oleh kerana ingin renew roadtax motor.
Selain itu, ada yang bertanyakan mengapa perlu membayar insuran motor 3rd party sedangkan bila berlaku kemalangan, motor anda langsung tidak boleh membuat claim insuran.
Hal ini demikian, perlindungan bagi insuran motor 3rd party adalah bagi kenderaan motor yang terlibat bersama anda. Jika anda didapati bersalah, pihak mangsa yang terlibat boleh membuat claim kemalangan pada syarikat insuran anda.
Adakah terdapat kelebihan renew insurans motor 3rd party ?
Walaupun tidak boleh membuat claim insuran lebih-lebih lagi claim kemalangan, apakah keuntungan sekiranya anda renew insuran motor third party ?
Sebenarnya tiada sebarang kelebihan sekiranya anda renew insuran motor 3rd party selain dapat renew roadtax motor.
Namun, ada terdapat syarikat insuran yang menetapkan kewajipan untuk mengambil Personal Accident atau PA insuran.
Hal ini kerana, paling tidak pun, PA insuran ini akan melindungi anda sebagai pemilik motor sekiranya mengalami kecederaan dan dimasukkan ke hospital.
Pingback: Harga insurans motor first party - Mekanikakereta
Pingback: Harga insuran motor ex5 - Mekanikakereta
Pingback: Harga insuran motor first party dan harga insuran motor 3rd party - Mekanikakereta
Pingback: Senarai harga insuran motor mengikut cc - Mekanikakereta