Bateri kereta Proton Saga (2026) : Khas Bagi Model Blm, Fl, Flx, Vvt
Bateri kereta Proton Saga. Kereta proton saga sememangnya menjadi pilihan buat yang mengutamakan keselamatan terutamanya bagi seisi keluarga.
Sejak dari dahulu lagi pihak proton menawarkan kelebihan dari segi ciri-ciri ketuguhan dengan dilengkapi beberapa airbag yang melindungi pemandu dan juga para penumpang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
Namun, itu bukanlah perkara yang kita hendak perkatakan pada topik kali ini. Bateri kereta proton saga yang anda gunakan dari awal keluarkan kereta ini dari kilang pasti akan tiba waktunya ia habis.
Tanda-tanda bateri kereta proton saga lemah boleh diketahui melalui beberapa indikator terutamanya pada panel meter yang naik lambang bateri kereta berwarna merah.
Di sini teknologi kereta proton saga membuktikan ianya seiring dengan kereta-kereta pesaing terutamanya memberi kemudahan sebagai tanda awal bateri kereta saga anda nak habis.
Rujukan tentang bateri kereta boleh anda buat berdasarkan generasi kereta proton saga yang anda miliki di bawah.
Bateri kereta Proton Saga VVT (2016 hingga sekarang)
Saga Vvt didatangkan dengan kelainan dari segi chasis dan enjinnya. Ianya merupakan antara keluaran yang ramai gunakan di atas jalan raya sekarang ini.
Bermula dari tahun 2016, saga vvt mc1 merupakan keluaran yang dilengkapi enjin 1.3cc dengan gearbox cvt dan juga manual.
Kemudian, sekitar tahun 2019, saga vvt mc2 mula dikeluarkan dengan enjin 1.3cc dan perubahan dari segi penggunaan gearbox 4AT (automatik) dan juga manual.
Hingga awal tahun 2026, proton saga vvt mc3 telah dilancarkan dengan perubahan enjin kepada 1.5cc dan 2 jenis gearbox iaitu cvt untuk spec paling tinggi iaitu premium, 4AT untuk 2 spec iaitu executive dan standard. Tiada gearbox manual pada keluaran proton saga vvt mc3 ini.
Saiz bateri kereta Proton Saga Vvt
Saiz bateri proton saga vvt dari mc1, mc2 dan mc3 sebenarnya tiada perubahan satu sama lain. Ianya mengunakan saiz bateri seperti NS60 yang sangat sesuai dengan rekaan tapak bateri yang telah diberi.
Di sini lah kita dapat bezakan model proton saga vvt yang terkini menggunakan bateri yang berbeza dibandingkan saga generasi lama. Ini menandakan teknologi dan perubahan memerlukan bateri lebih besar perlu digunakan pada model proton saga terkini.
Jenis bateri kereta Proton Saga Vvt
Jika saiz sudah sama, maka jenis bateri kereta proton saga vvt mc1, mc2 dan mc3 juga adalah sama iaitu kering dan juga basah. Pilih bateri kering atau MF (maintenance free) sekiranya anda tidak mahu pening-pening kepada perlu menambah air bateri kereta saga.
Sekiranya anda sudah biasa dengan air bateri kereta, ini satu kelebihan buat anda dapat menggunakan sebuah bateri kereta yang tahan lebih lama untuk bateri jenis basah.
Harga bateri kereta Proton Saga Vvt
Kebanyakkan ramai yang nak kemudahan dengan memilih bateri kereta jenis kering atau MF perlu membayar harga yang sedikit lebih dibandingkan bateri basah.
Harga bateri kereta proton saga vvt untuk mc1, mc2 dan mc3 bagi jenis kering adalah sekitar RM190-RM200 sahaja dan harga bateri basah sekitar RM170 sahaja.
Bateri kereta Proton Saga Blm, FL, FLX (2008-2016)
Proton saga blm merupakan satu anjakan paradigma yang agak mengejutkan dengan perubahan sebuah kereta sedan sesuai dengan keluarga di negara kita. Saga blm hanya 2 tahun sahaja diperkenalkan sebelum ianya beralih kepada perubahan lebih baik.
Dengan menggunakan chasis dan enjin yang sama, pada tahun 2010 hingga 2011 diperkenalkan pula saga FL yang lebih tampak lebih kemas dari segi reka bentuknya yang dikira sebagai pre-facelift.
Kemudian, barulah muncul model facelift iaitu saga FLX sebagai model facelift yang agak lama diperkenalkan dari tahun 2011 hingga 2016.
Daripada model-model proton saga blm, fl dan flx ini, semuanya menggunakan enjin 1.3cc dan 1.6cc yang sama. Akan tetapi dari segi penggunaan gearbox model proton saga blm dan fl menggunakan manual dan 4AT(automatik). Manakala, untuk proton saga flx pula dilengkapi dengan gear CVT dan manual.
Saiz bateri kereta Proton Saga Blm, FL dan FLX
1. Saiz bateri kereta Saga Blm
Proton saga blm menggunakan saiz bateri dengan kod NS60 yang sesuai dengan ketahanannya yang baik dan selagi ianya digunakan dengan cermat.

Rujukan pada saiz bateri kereta saga blm boleh anda lihat melalui kod bateri kereta yang tertera pada bateri kereta. Anda akan lihat pada label bateri kereta yang akan menyatakan bacaan kuasa, lebar, panjang serta tinggi bateri kereta.
Saiz bateri saga blm yang sesuai yang boleh anda beli di pasaran adalah seperti berikut :
- NS60
- NS60R
- 46B24R
- 48B24R
- 55B24R
Berdasarkan kod bateri di atas, nombor 1 dan 2 merupakan kod asas yang menandakan ianya sesuai dengan kereta proton saga blm anda. Namun, ianya tidak cukup untuk mengetahui jumlah kuasa bekalan yang terdapat dalam bateri kereta yang ingin anda beli.
Oleh itu, teliti pada setiap bateri kereta yang anda ingin beli melalui kod bateri seperti nombor 3, 4 dan 5. Ianya lebih jelas menyatakan kuasa bekalan tenaga elektrik yang diberikan.
Lebih tinggi jumlah bacaan di hadapan maka lebih tinggi sedikit budget yang perlu anda belanjakan untuk memiliki saiz bateri kereta saga blm yang anda inginkan.
2. Saiz bateri kereta Saga FL
Manakala, proton saga fl juga menggunakan saiz bateri yang sama iaitu NS60 yang mudah dicari di kedai-kedai bateri kereta di luar sana.
3. Saiz bateri kereta Saga Flx
Untuk Proton Saga FLX, saiz bateri kereta yang tepat adalah NS60. Bateri NS60 memberikan kapasiti sekitar 50Ah, yang sesuai untuk sistem elektrik Saga FLX yang lebih ringan dan efisien.
Bateri ini memberikan prestasi yang baik dalam menghidupkan enjin dan menyokong pelbagai komponen elektrik seperti lampu dan radio.

Jenis bateri kereta Proton Saga Blm, Fl dan FLX
Hanya 2 jenis bateri yang digunakan proton saga blm, fl dan flx boleh gunakan iaitu bateri kering dan juga basah yang sesuai dan mudah didapati di pasaran.
Harga bateri kereta Proton Saga Blm, Fl dan FLX
Memandangkan ketiga-tiga model proton saga blm, fl dan juga flx menggunakan saiz dan jenis bateri kereta yang sama, maka harga bateri kereta saga blm, fl dan flx juga turut sama.
Harga bateri proton saga blm, fl dan juga flx bagi bateri kering adalah bermula dari RM190 hingga RM200 sahaja. Dan jika anda nak gunakan bateri basah (wet), maka harganya sedikit murah iaitu RM170 sahaja.
Bateri kereta Proton Saga Generasi Pertama, Saga Iswara dan LMST (1985-2008)
Saga generasi pertama yang juga dikenali sebagai saga ori atau saga magma merupakan keluaran paling sulung bagi kereta proton saga.
Kemudian, ianya disambung dengan kereta proton saga iswara yang mempunyai 2 segmen iaitu sedan dan juga aeroback yang bermula dari tahun 1992.
Seterusnya, pada tahun 2003 hingga 2008 disambung dengan nama yang sama iaitu proton saga lmst atau terkenal dengan nama panggilan saga kereta kebal.
Jika anda masih memiliki kereta-kereta ini dan juga model terkini seperti proton saga flx atau saga vvt, ini sangat bagus untuk anda membezakan dari segi saiz, jenis dan harga mengikut keperluan proton saga model lama dan ssaga model terkini anda.
Saiz bateri kereta Proton Saga Generasi Pertama (Mk1, Mk2 dan Mk3)
Ketiga-ketiga model proton saga dari generasi pertama, saga iswara dan lmst menggunakan saiz bateri kereta yang sama iaitu ns40zl.
Saiz bateri ini amatlah mudah untuk dicari di kedai-kedai bateri kereta, sama juga dengan saiz bateri proton saga blm walaupun berbeza saiz.
Jenis bateri kereta Proton Saga Generasi Pertama , Saga Iswara dan LMST
Untuk jenis pula sama dan tidak rumit dengan pilihan sama ada bateri kering atau basah. Ikut pada kebolehan dan kerajinan anda. Jika sudah biasa dengan bateri basah, pilih lah bateri tersebut kerana kelebihannya yang tahan jauh lebih lama.
Jika anda tidak mahu fikirkan sangat nak buat maintainence bateri, pilihlah bateri kering yang lebih mudah digunakan tanpa perlu berbuat apa-apa dan gunakan hingga ianya lemah atau kong.
Harga bateri kereta Proton Saga Generasi Pertama , Saga Iswara dan LMST
Dengan saiz dan jenis yang tidak sama dengan generasi proton saga kini, proton saga ori, saga iswara dan lmst mempunyai kelebihan dari segi harga yang lebih murah sedikit.
Harga bateri kereta ini sekitar RM150 untuk bateri basah dan RM170 sahaja untuk jenis kering. Ianya cukup murah dalam pasaran.
Jadual Ringkasan Harga, jenis, saiz bateri kereta Proton Saga mengikut generasi
| Model Saga | Saiz Bateri Kereta | Jenis Bateri kereta | Harga Bateri Kereta |
| Proton Saga Generasi Pertama | NS40ZL | Kering dan Basah | RM150-RM170 |
| Proton Saga Iswara | NS40ZL | Kering dan Basah | RM150-RM170 |
| Proton Saga LMST | NS40ZL | Kering dan Basah | RM150-RM170 |
| Proton Saga BLM | NS60 | Kering dan Basah | RM170-RM200 |
| Proton Saga FL | NS60 | Kering dan Basah | RM170-RM200 |
| Proton Saga FLX | NS60 | Kering dan Basah | RM170-RM200 |
| Proton Saga Vvt MC1 | NS60 | Kering dan Basah | RM170-RM200 |
| Proton Saga Vvt MC2 | NS60 | Kering dan Basah | RM170-RM200 |
| Proton Saga Vvt MC3 | NS60 | Kering dan Basah | RM170-RM200 |
Artikel terkait : Harga, jenis dan saiz bateri kereta
Sekiranya anda mempunyai permasalahan lain, sila rujuk di bateri kereta.
