Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Insuran motor

Harga insuran motor ss110 : Panduan sebelum memiliki

Harga insuran motor ss110. Motosikal yang dikira sebagai lagend iaitu yamaha ss110 merupakan pencetus fenomena yang baru buat dunia permotoran ketika waktu dahulu.

Jangan tidak percaya, motor yamaha ss110 atau dipanggil sebagai motor ss ini masih dicari oleh orang ramai. Walaupun ianya sudah melepasi 3 dekat bermula dari tahun 1992 mula dikeluarkan hinggalah tahun 1996.

Namun, sekiranya ianya anda bakal miliki atau ingin membeli, berapakah harga insuran motor ss110 yang perlu dibelanjakan bagi setiap tahun sepanjang anda ingin menyimpan atau menggunakannya secara sah ?

Pengetahuan semasa tentang insuran motor ss110

Untuk pengetahuan anda, secara asasnya setiap motosikal yang ingin menggunakan jalan raya diwajibkan untuk mempunyai perlindungan insurans atau insuran motor.

Untuk membeli insuran motor, anda perlu mengetahui harga insuran motor terlebih dahulu sebelum bersetuju dengan nilai dan kelebihannya.

Namun, bagi motor yang sudah mencapai lebih 30 tahun seperti yamaha ss110 ini, hanya tawaran harga insuran motor third party sahaja diberikan. Harga insuran motor first party amat susah dijumpai pada syarikat-syarikat insuran motor secara majoriti.

harga insuran motor ss110.png

Hal ini demikian, setiap syarikat insuran motor ingin mengurangkan risiko kepada mereka juga. Motor seperti yamaha ss110 jika digunakan atas jalan raya boleh membawa kepada risiko kemalangan yang tinggi oleh sebab motor sudah lama.

Di samping itu juga, market value semasa motor yamaha ss110 ini sudah begitu rendah. Atas faktor umurnya juga walaupun ianya masih mempunyai permintaan oleh peminat koleksi motosikal.

Berapakah harga insuran motor ss110 setiap tahun ?

Daripada hanya 1 tawaran iaitu harga insuran motor 3rd party sahajalah bermakna nilai yang perlu anda bayar itu rendah. Namun, untuk insuran motor 3rd party ini adalah tidak melindungi apa-apa berkenaan motor yamaha ss110 anda.

Kecuali, sekiranya motor yamaha ss110 anda berlaku dalam kemalangan antara motor dan motor dan bukan disebabkan oleh kesalahan anda. Dari sini, anda boleh membuat claim ke atas insuran motor yang terlibat.

Berikut merupakan harga insuran motor ss110 yang boleh anda jadikan rujukan sebaik sahaja anda ingin menghidupkannya. Ia merupakan anggaran berhampiran dan pasti akan berbeza sedikit berdasarkan beberapa faktor.

Market valueNCDHarga insuran motor ss110
3rd party RM00%RM125
3rd party RM015%RM106
3rd party RM020%RM100
3rd party RM025%RM93
3rd party RM025%RM93

One thought on “Harga insuran motor ss110 : Panduan sebelum memiliki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *