Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Insuran motor

Harga insuran motor yamaha Y110SS (SSTwo/SS2)

Harga insuran motor yamaha Y110SS. Sering kali para peminat motor yang lahir pada tahun 70an dan 80an akan menjadikan sesebuah motor itu satu minat oleh kerana ianya seiring dengan zaman mereka.

Lain-orang lain minatnya. Begitu juga dengan yamaha sstwo ini sangat terkenal sebaik sahaja abangnya iaitu yamaha ss110 diperkenalkan. Sejak dari itu, penambahbaikan kepada adiknya yamaha y110ss menarik ramai lagi minat para peminat motosikal berkuasa rendah atau kapcai di negara kita.

Pengeluaran yamaha y110ss atau sstwo dari 1997 hingga 1999 terbahagi kepada dua model. Iaitu yamaha sstwo racing spirit dari 1997 hingga 1998 dan yamaha sstwo dual clutch dari 1997 hingga 1999. Tidak semua orang mampu memiliki motor ini pada zaman dahulu. Namun, percayalah ianya masih digilai oleh para peminatnya tersendiri kerana nolstagianya.

Walaupun cc enjin model yamaha sstwo adalah sama iaitu masih menggunakan 110cc, kelajuannya telah ditambahbaik selain rupa fizikal yang lebih menarik. Oleh itu, Berkait rapat dengan cc enjin tersebut, maka berapakah harga insuran motor yamaha y110ss sekiranya anda ingin semula memilikinya ?

Bolehkah membayar dengan harga insuran motor first party untuk motor yamaha y110ss ini ?

Secara asasnya, syarikat insuran motor yang menawarkan insuran motor first party paling maximum adalah sekitar 25 tahun dari tahun motor dikeluarkan.

Untuk motor yamaha sstwo ini hampir mencecah 30 tahun sejak ianya diperkenalkan. Maka, hanya tawaran insuran motor 3rd party sahaja diberikan oleh sebab ianya memberikan risiko yang tinggi bagi syarikat insuran motor.

harga insuran motor Y110SS

Sudah tentu ini merupakan sesuatu yang agak mengecewakan bagi setiap pemilik motor yamaha y110ss tentang pilihan dalam harga insuran motor ini. Walaupun motor berada dalam keadaan baik, ianya masih tidak memberikan keyakinan kepada pihak syarikat-syarikat insuran motor untuk memberikan perlindungan insuran motor first party.

Berapakah harga insuran motor yamaha y110ss untuk setiap tahun jika anda ingin memilikinya ?

Harga insuran motor yamaha y110ss yang sebenarnya adalah bergantung kepada beberapa faktor. Namun, berikut merupakan perkongsian sekiranya anda membeli motor yamaha sstwo tanpa sebarang transfer NCD (no claim discount) iaitu bermula dengan NCD 0%.

Market Value (coverage insurans)NCDHarga insuran motor yamaha y110ss
3rd party RM00%RM155
3rd party RM015%RM132
3rd party RM020%RM124
3rd party RM025% (max)RM117

Perlu diingatkan harga insuran motor yamaha y110ss di atas merupakan anggaran berhampiran agar anda mudah membuat rujukan sebelum membeli motor yamaha ss2. Ini menampakkan segala budget setiap tahun perlu dibelanjakan dari tahun ke tahun.

One thought on “Harga insuran motor yamaha Y110SS (SSTwo/SS2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *