Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Insuran motor

Harga insuran motor 600cc berapa ?

Harga insuran motor 600cc. Antara pilihan pemula kepada pembelian motosikal berkuasa besar adalah satunya adalah motor 600cc.

Kerap kali sesiapa yang memilih motor 600cc kuasa enjin majoriti ingin merasai motor jenis superbike untuk umur yang muda dan pertengahan. Tidak lupa juga yang sudah berumur 40an dan ke atas yang meminati motosikal jenis touring yang lebih santai dan dalam masa yang sama mempunyai kuasa yang mencukupi.

Manakala, motor jenis sbk di negara kita yang antaranya menjadi kegilaan ramai adalah seperti kawasaki ZX-6R, honda CBR600RR, yamaha R6 (YZF-R6) dan juga suzuki GSX-R600.

Namun, berapakah harga insuran motor yang perlu dibelanjakan untuk motor yang mempunyai cc enjin seperti 600cc ini ? Adakah harga insuran motor 600cc murah atau mahal ?

Faktor yang menyebabkan harga insuran motor 600cc murah atau mahal

Secara asasnya, anda tidak boleh menentukan harga insuran motor 600cc bila sudah mengetahu cc enjinnya daripada contoh motor-motor yang dinyatakan di atas.

Hal ini kerana, harga insuran motor 600cc perlu dilihat dari beberapa sudut yang lain seperti :

  1. Tahun motor sejak dikeluarkan
  2. Market value semasa motor
  3. NCD daripada anda sebagai bakal pemilik motor

Tidak semua orang membeli motor 600cc yang baru kerana harganya sangatlah tinggi. Namun, pilihan motor secara secondhand menjadi pilihan ramai oleh kerana harga maintain juga tidak begitu besar.

harga insuran motor 600cc

Harga insuran motor 600cc berapa ?

Perkongsian di bawah akan mengambil anggaran daripada market value kebanyakkan motor 600cc berdasarkan motor-motor yang menjadi pilihan ramai dari tahun 2010 hinnga 2015.

Berdasarkan ncd pula dikira bermula daripada anda mula memiliki motor tersebut iaitu 0%. Sekiranya anda mempunyai ncd 25% daripada motor lama, maka hanya perlu tolak sahaja 25% daripada harga anggaran yang bakal diberikan.

Harga insuran motor 600cc juga merupakan anggaran harga insuran motor first party atau digelar sebagai insuran komprehensif. Anda tidak digalakkan untuk menghidupkan insuran motor 3rd party kerana risikonya sangatlah tinggi bagi pengguna motor cc enjin yang besar seperti 600cc.

Market valueNCDHarga insuran motor 600cc
RM50,0000%RM2000
RM40,0000%RM1600
RM30,0000%RM1200

One thought on “Harga insuran motor 600cc berapa ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *