Harga roadtax dan insurans kereta honda city : Model gm2,gm6 dan gn2
Harga roadtax dan insurans kereta honda city. Terdapat beberapa model kereta bagi honda city yang antaranya adalah seperti gm2 (generasi ke 5), gm6 (generasi ke 6) dan juga gn2 iaitu generasi ke 7.
Kesemua generasi ini mempunyai harga roadtax honda city yang sama. Namun, harga insurans honda city bagi ketiga-tiga model atau generasi ini berbeza disebabkan oleh faktor seperti tahun kereta, market value semasa dan juga spec kereta yang dibeli.
Di artikel ini, harga roadtax dan insurans kereta honda city yang akan diberikan adalah anggaran terdekat. Ianya adalah rujukan bagi anda yang ingin pertama kali membeli atau memiliki kereta honda city sama ada secara baru atau secondhand.
Jadi, gabungan kedua roadtax honda city dan juga insurans honda city ini memberikan gambaran budget pada tahun pertama yang perlu anda belanjakan.
Harga roadtax kereta honda city berapa ?
Untuk pengetahuan anda, harga roadtax kereta honda city adalah berjumlah RM90 sahaja untuk tempoh 1 tahun. Dari generasi ke 5, generasi ke 6 dan generasi ke 7, harga roadtax honda city 1.5 adalah sama.
Hal ini kerana, bukanlah kerana ia merupakan model kereta honda city yang sama namun berbeza generasi, ianya adalah kerana penggunaan cc enjin yang dibekalkan adalah sama.
Jadi, harga roadtax honda city adalah sama dan tidak berubah selagi tiada perubahan dilakukan oleh pihak berkuasa.
Harga insurans kereta honda city berapa ?
Di bawah merupakan rujukan bagi ketiga-tiga generasi model kereta honda city untuk harga insurans kereta honda city. NCD yang digunakan adalah ketika tahun seterusnya anda membeli kereta honda city kerana ianya pada waktu anda membuatnya sendiri.
Market value | NCD | Harga insurans kereta honda city GM2 | |
RM17,000-RM22,000 | 25% | RM680-RM880 |
Market value | NCD | Harga insurans kereta honda city GM6 | |
RM42,000-RM48,000 | 25% | RM1,680-RM1,920 |
Market value | NCD | Harga insurans kereta honda city GN2 | |
RM70,000-RM75,000 | 25% | RM2,800-RM3,000 |
Gabungkan kedua-dua harga roadtax dan insurans kereta honda city untuk mendapatkan jumlah yang sebenarnya perllu dibayar. Kiraan di atas adalah tidak begitu jauh daripada anggaran sebenar.
