Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Saiz bateri Alza baru : Alza Gen 2

Saiz bateri Alza baru. Apakah saiz bateri kereta alza yang sesuai digunakan terutamanya bagi anda yang baru sahaja memiliki sebuah kereta keluaran baru iaitu alza baru ?

Sejak perodua alza baru diperkenalkan, makin ramai yang ingin memiliki kereta ini.Hal ini kerana, sejak ianya dilancarikan dari alza gen 1 lagi sudah mencapai pelbagai aspek yang diingini.

Perodua alza baru dengan kod alza d27a ditambah baik dengan reka bentuk yang jauh berbeza dengan generasi sebelumnya.

Bukan sekadar reka bentuk, malah pelbagai aksesori tambahan juga disediakan dengan kelebihan teknologi canggih yang terkini.

Namun, dengan kehadiran pelbagai tambahan aksesori pada alza baru, apakah bateri alza baru memerlukan tenaga yang lebih banyak dengan tempoh penggunaan kebiasaan ?

Saiz bateri alza baru

Perodua alza baru dilengkapi dengan sistem yang dikenali sebagai eco idle system. Ianya memberikan kelebihan agar penggunaan tenaga dapat dikurangkan ketika kereta dalam keadaan tidak bergerak seperti ketika menghadapi aliran trafik tinggi atau trafik jem.

Secara tidak langsung juga dapat menjimatkan penggunaan bahan api yang perlu digunakan oleh kereta perodua alza.

Jadi, bateri kereta alza baru yang sepatutnya digunakan adalah berbeza dan tidak sama dengan model yang pertama.

saiz bateri alza baru

Saiz bateri alza baru menggunakan bateri bernama EFB dengan kod seperti M42. Bateri ini dapat menampung akan fungsi yang digunakan untuk kereta yang dilengkapi start/stop idle sistem ini.

Penggunakan battery alza baru juga boleh menggunakan bateri biasa sama seperti model lama.

Namun, perlu diingatkan agar ketahanan bateri biasa tidak sama dengan bateri alza baru yang telah disarankan.

Kesimpulan

Saiz bateri alza baru perlu diberi perhatian kerana ianya tidak sama dengan model perodua alza yang lama.

Pastikan anda ketahui bezanya bateri alza baru agar ketika pembelian bateri dapat dilakukan dengan ilmu dan kefahaman yang baik.

Di samping itu, setiap kelebihan didatangkan dengan kebaikan yang memudahkan. Dalam masa yang sama juga ada kekurangan disebaiknya.

Jadi, pastikan bateri kereta alza baru anda diganti dengan saiz yang sama supaya kecekapan kereta alza baru dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

One thought on “Saiz bateri Alza baru : Alza Gen 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *