Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Saiz bateri kereta Alza

Saiz bateri kereta Alza. Apakah saiz bagi bateri kereta alza yang sesuai digunakan ? Apakah terdapat saiz bateri alza yang lain boleh anda gunakan ?

Penelitian terhadap saiz bateri perodua alza amat perlu dititik beratkan oleh setiap pemilik kereta alza.

Jika anda memasang bateri kereta alza sendiri secara diy, memilih saiz bateri kereta alza yang betul dapat melancarkan urusan pemasangan bateri baru.

Berikut merupakan ilmu tentang saiz bateri kereta bagi alza yang perlu anda ambil tahu dan tidak boleh dipandang ringan.

Apakah kesan sekiranya saiz bateri kereta alza tersalah beli ?

Berikut merupakan kesan yang bakal anda hadapi sekiranya membeli saiz bateri kereta alza yang salah :

  1. Tapak bateri kereta alza tidak boleh dimasukkan dengan kemas
  2. Terminal bateri yang besar tidak memuatkan wayar kepala bateri alza yang kecil
  3. Kedudukan positif dan negatif terminal bateri yang salah menyukarkan wayar penghubung untuk dipasang.
  4. Bateri kereta alza tidak boleh ditukar kerana setiap bateri kereta akan ditanda dengan tarikh yang menandakan warrantly telah pun bermula.

Pentingnya anda memastikan saiz bateri kereta perodua alza anda terlebih awal. Hal ini demikian, pihak kedai bateri kereta juga boleh turut melakukan kesilapan disebakan kecuaian dan dalam masa sama saiz bateri alza telah pun dipastikan oleh anda adalah betul sebelum bersetuju.

saiz bateri kereta alza

Apakah saiz bateri kereta alza yang sesuai terdapat di kedai bateri kereta ?

Saiz bateri kereta alza dapat anda baca melalui kod yang tertera pada bateri kereta yang ingin anda beli.

Anda dibenarkan untuk double check adakah bateri kereta tersebut betul dengan kehadiran kod bateri kereta yang disediakan.

Ianya terbahagi kepada dua generasi iaitu generasi pertama dan generasi kedua perodua alza.

Antara kod rujukan saiz bateri kereta alza yang sesuai adalah seperti berikut :

Saiz bateri kereta alza (1st generation)Saiz bateri kereta alza (2nd generation)
NS40M42 (EFB)
NS40ZL / 38B20LM42L (EFB)

Beza antara generasi pertama alza adalah tidak mempunyai eco idle. Manakala, generasi kedua alza sudah mulai mempunyai teknologi auto start/stop tersebut walaupun ianya terdiri daripada 3 spec iaitu alza advance, H spec dan juga X spec.

Adakah saiz bateri perodua alza terdapat pada setiap jenama bateri kereta ?

Pihak perodua sudah tentu akan menyediakan kemudahan kepada pemilik perodua alza ini dengan cara menggunakan saiz bateri kereta alza yang mudah dan banyak dijual di pasaran atau after market.

Anda boleh rujuk pada amna-mana kedai bateri kereta dengan pelbagai jenama bateri kereta seiring dengan saiz bateri alza yang senang didapati.

Antara jenama bateri kereta yang mempunyai saiz bateri kereta alza adalah seperti amaron, century, yokohama, varta, dan juga bosch.

Jenama-jenama ini sebenarnya sudah agak dikenali ramai dan mudah didapatkan di kedai-kedai bateri kereta berhampiran anda.

2 thoughts on “Saiz bateri kereta Alza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *