Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Uncategorized

Bateri kereta Honda Brv : Mpv keluarga sederhana

Bateri kereta Honda Brv. Honda BR-V adalah sebuah SUV kompak yang menawarkan ruang yang sederhana luas dan prestasi yang sangat baik.

Ia adalah pilihan popular di kalangan mereka yang memerlukan kenderaan serba boleh yang mampu membawa keluarga sederhana besar serta menawarkan prestasi pemanduan yang lebih tinggi.

Honda BR-V memerlukan bateri yang mampu menyokong sistem elektrik canggih dan enjin yang berprestasi sederhana tinggi.

Kereta ini sangat sesuai untuk anda yang ingin bertukar kepada jenama yang dipandang tinggi dan dalam masa yang sama ianya mudah untuk dijaga termasuklah bagi bateri kereta honda BRV ini.

Saiz Bateri Kereta Honda Brv

Bagi Honda BR-V, saiz bateri kereta yang disarankan adalah Ns40zl. Bateri Ns40zl merupakan antara bateri paling mudah dijumpai di kedai-kedai bateri kereta, yang memberikan kapasiti sekitar 32Ah.

Tenaga bateri ns40zl adalah mencukupi untuk menyokong segala perkara yang melibatkan tenaga elektrik yang diperlukan oleh honda brv.

Honda BR-V dilengkapi dengan enjin 1.5L yang menghasilkan sekitar 120hp dan tork 145Nm. Dengan sistem penghawa dingin yang efisien dan sistem infotainmen yang moden, BR-V memerlukan bateri yang mampu menyokong keperluan elektrik yang lebih tinggi.

Teknologi bateri yang lebih tinggi aH juga digalakkan. Ini bagi memberikan kelebihan dari segi ketahanan sesebuah bateri yang digunakan oleh honda brv.

Pilihan saiz bateri kereta Honda Brv yang lebih besar

Dari segi saiz fizikal bateri honda brv anda perlu kekalkan dengan kod ns40zl atau B19L atau B20L. Namun, sekiranya anda inginkan sedikit kepuasan tambahan kuasa elektrik, maka digalakkan untuk memilih bateri berdasarkan jumlah aH yang sedikit tinggi.

Contoh bateri brv anda yang sebelum ini adalah 38B19L, maka cadangan terbaik tukar kepada 42B19L atau 42B20L atau lebih besar jumlah bacaan dihadapan tersebut.

saiz bateri kereta honda brv

Jenis bateri kereta Honda Brv

Untuk jenis bateri yang menyokong kepada saiz bateri honda brv ini ada dua iaitu bateri kering (dry/mf) dan juga jenis bateri basah (wet).

Kedua model bateri ini amatlah mudah dicari dipasaran kerana masih banyak kereta yang menggunakan kedua jenis bateri ini.

Jadi, bila bateri kong, tak perlu risau akan stok jenis bateri yang mengikut kehendak anda serta keperluan kereta honda brv ini sentiasa dipenuhi.

Gunakan bateri kering untuk kereta brv anda sekiranya anda tak nak rumitkan keadaan apabila berlaku masalah tentang bateri kereta. Start enjin terus ke tempat kerja. Bila ianya habis atau kong, tukar kepada bateri kering yang baru.

Manakala, berbeza sikit untuk bateri jenis basah, ianya perlu dijaga berdasarkan jumlah air dalam bateri ini sama ada kurang atau habis. Topup air bateri kereta basah jika dah kurang. Elakkan hingga ianya kering kontang dan ini boleh menyebabkan kereta anda tak boleh nak hidup bila air dalam bateri basah tu dah habis.

Jadi, terpulang kepada anda, nak pilih bateri kering atau bateri basah. Keduanya mempunyai kebaikan dan kekurangan masing-masing.

Golongan yang sesuai guna bateri kering untuk kereta Honda Brv

Kebanyakkannya golongan perempuan sangatlah disyorkan untuk gunakan bateri kering untuk kereta Brv ini. Walaupun kereta ini merupakan kereta keluarga, selalunya kereta ini digunakan oleh golongan perempuan ke tempat kerja atau sering berulang alik ambil anak ke sekolah.

Golongan yang sesuai guna bateri basah untuk kereta Honda Brv

Sangat jarang sekali golongan ketua keluarga menggunakan kereta ini untuk kegunaan harian. Jika bateri basah masih digunakan disebabkan ketahanan lama, pastikan ketua keluarga anda mempunyai masa untuk menjaga dengan topup air bateri basah dengan berjadual.

Jika ketua keluarga tidak mempunyai masa sangat nak maintain air bateri, maka disarankan gunalah bateri kering yang lebih mudah dijaga walaupun ianya kurang darisegi ketahanan tempoh penggunaan dibandingkan bateri basah.

Harga bateri kereta Honda Brv

Secara standard pilihan bateri untuk kereta honda brv anda sangatlah banyak dari segi jenama. Bermacam-macam dah pilihan pelbagai syarikat bateri kereta tawarkan.

Baca juga : Harga, jenis dan saiz bateri kereta

Bateri Brv yang berpatutan dan tahan yang jadi pilihan ramai setiap pemilik

Bateri century sekarang sudah diperkenalkan dengan nama century marathoner max. Walaupun saiznya ns40zl, ianya memberikan kuasa lebih berdasarkan kodnya iaitu 46B20L.

Harga bateri century ini adalah sekitar RM180 sahaja dan ianya adalah pilihan bateri kering (dry/mf) yang pakai tanpa perlu diselenggara. Jadi tak perlu pening tiap kali nak kena buka bonet kereta.

Bateri Brv yang terkenal dan dipercayai dari dahulu

Bateri amaron yang terkenal dengan warnanya hijau terang sememangnya terkenal dengan warratynya yang lebih lama dari bateri biasa iaitu sekitar 18 bulan.

Namun, harga bateri amaron ini sedikit tinggi sekitar RM220 hingga RM280 untuk model bateri amaron GO. Setakat ini ada dua keluaran amaron GO iaitu 38B20L dan 46B20L.

Model bateri amaron ini hanya hadir dengan jenis bateri kering sahaja. Pilihan ini sudah cukup mengikut kehendak anda berdasarkan pilihan sama ada nak kod 38B20L atau 46B20L.

Bateri Brv yang murah dan perlukan penjagaan berjadual

Sudah pasti bila saya katakan penjagaan rapi, sudah pasti ianya adalah jenis bateri basah (wet) yang perlu diselenggara dengan berkala dan berjadual. Anda sebenarnya tak perlu risau pun sebab penjagaan air bateri basah mudah jika ianya dibuat dengan sistematik seperti setiap hujung bulan perlu anda topup air bateri ini.

Harga bateri basah dari beberapa jenama adalah seperti berikut :

Jenama Bateri BasahHarga Bateri Basah Kereta Brv
Century HybridRM175
Motolite Heavy Duty WetRM170

P/s : Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian disebalik segala permasalahan yang anda sedang lalui, rujuk pada bateri kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *