Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Uncategorized

Bateri kereta Kenari : Pengguna Setia

Bateri kereta Kenari. Siapa yang tidak mengenali kereta perodua kenari ini sehingga kini ianya masih setia digunakan di atas jalan raya dengan tujuan kegunaan harian.

Kelebihan memiliki kereta perodua kenari adalah dengan saiz ruang yang agak berbeza dibandingkan dengan kereta lain.

Ianya mempunyai ruang yang tinggi walaupun kereta ini mempunyai ground yang biasa seperti kereta sedan. Sudah pasti kelebihan ini terletak pada bonet belakangnya yang boleh memasukkan pelbagai barangan berskala besar.

Namun, itu bukan fokus utama kita. Apa yang kita nak sampaikan di sini adalah tentang bateri kereta kenari yang manakah patut digunakan dengan kesesuaian kereta ini.

Adakah setelah memiliki kereta ini, penggunaan bateri kereta kenari membebankan penggunanya?Adakah ianya sangat efisien seiring dengan kelebihan saiz ruangnya?

Saiz bateri kereta Kenari

Bagi Perodua Kenari, saiz bateri yang sesuai adalah NS40ZL. Kod ini merujuk kepada saiz dan spesifikasi bateri yang direka khas untuk model ini. Bateri dengan kod NS40ZL mempunyai dimensi yang tepat untuk muat pada ruang bateri di dalam enjin Kenari.

Dimensinya adalah sekitar 238 mm panjang, 129 mm lebar, dan 227 mm tinggi. Selain itu, kapasiti bateri ini biasanya berada pada 35Ah, yang mencukupi untuk memberikan tenaga yang diperlukan oleh sistem elektrik dan enjin Perodua Kenari.

Kod NS40ZL juga menggambarkan orientasi terminal bateri. Huruf “ZL” di akhir kod menunjukkan bahawa terminal positif berada di sebelah kiri. Ini adalah ciri penting untuk memastikan sambungan yang betul dan mengelakkan kesalahan semasa pemasangan bateri.

saiz bateri kereta kenari

Memilih bateri yang tepat seperti NS40ZL sangat penting untuk memastikan prestasi kereta yang optimal dan mengelakkan masalah teknikal yang boleh timbul daripada penggunaan bateri yang tidak sesuai.

Selain dimensi, kapasiti dan orientasi terminal, faktor lain yang perlu dipertimbangkan adalah jenis penggunaan kenderaan dan cuaca di tempat tinggal.

Jika kenderaan sering digunakan dalam keadaan yang ekstrem seperti suhu tinggi atau rendah, memilih bateri yang lebih tahan lasak dan berkualiti tinggi akan memberikan perlindungan tambahan kepada sistem elektrik kereta.

Bateri NS40ZL direka untuk memberikan prestasi yang stabil dalam pelbagai keadaan.

Jenis bateri kereta Kenari

Berdasarkan pilihan pada kod bateri ns40zl, terdapat dua pilihan pada jenis bateri kereta kenari yang boleh anda gunakan.

Ianya adalah antara bateri kereta kering atau maintainence free (MF) yang begitu mudah digunakan. Penggunaan bateri kering pada kereta kenari tidak memerlukan apa-apa maintain dengan hanya gunakan sehingga ianya kong/habis.

Manakala, jenis kedua adalah bateri basah (wet) yang mempunyai kelebihan ketahanan yang lebih lama dibandingkan bateri kereta kering.

Cumanya ianya perlu dimaintain dengan membuat tambahan air bateri kereta jika ianya kurang mengikut jadual. Penggunaan bateri basah memerlukan sedikit perhatian untuk menjaga air bateri ini agar sentiasa berada ditahap optimum untuk menjamin kelebihan ketahanan.

Harga bateri kereta Kenari

Harga bateri kereta perodua kenari sangatlah berpatutan dan mudah dicari dimana-mana kedai bateri kereta tanpa perlu anda risau.

Pilihan bateri kering atau MF kereta kenari adalah berjumlah sekitar RM170 dan bateri basah untuk kereta kenari adalah bermula dari RM150 sahaja.

Artikel terkait : Harga, jenis dan saiz bateri kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *