Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri kereta persona baru dan persona lama

Bateri kereta persona baru. Apakah elemen yang paling penting untuk anda tahu tentang bateri kereta yang terutamanya bagi jenama kereta tempatan iaitu proton persona ?

Buat setakat ini, keluaran bagi model kereta proton persona hanya mempunyai 2 generasi iaitu persona lama dan persona baru. Dua generasi ini menambilkan reka bentuk berbeza dan menandakan ianya semakin mengikut arus teknologi dan permintaan semasa.

Dalam artikel ini, anda akan ditampilkan dengan salah satu faktor penjagaan atau maintainance yang penting dalam memiliki kereta ini. Bateri kereta persona ini termasuk dalam kategori peralatan pakai buang atau dikenali sebagai wear&tear.

Tidak semua orang yang mengetahui elemen-elemen penting berkenaan bateri persona. Jika sudah mengetahui, maka rujukan juga boleh dibuat bagi mengelakkan sebarang kesalahan mahupun kesilapan.

Bateri kereta persona lama

Model bagi kereta persona lama semestinya dimiliki oleh ramai pemilik yang memiliki keluarga kecil ke sederhana. Semenjak ianya dikeluarkan, proton persona lama menjadi impian ramai oleh kerana ianya disertakan dengan bonet yang agak luas.

Ini amatlah sesuai dan memberikan keselesaan kepada para pengguna untuk perjalanan yang jauh disamping mempunyai barangan yang banyak. Untuk bateri persona lama juga memberikan penjimatan yang bagus.

Bateri kereta persona baru

Bagaimana pula dengan bateri persona baru terkini digunakan oleh kereta ini ?Jika dilihat berdasarkan teknologi, penggunaan bateri kereta persona baru tidak jauh beza dengan bateri kereta persona lama.

Penggunaan ini amat memudahkan bagi anda yang sudah biasa dengan kereta persona lama dan ingin bertukar kepada model persona yang baru. Jika dahulunya kereta persona terdiri daripada spec seperti persona elegence dan kini mempunyai spec seperti standard, executive dan juga premium.

Tukar bateri kereta persona

Sebelum anda berhajat ingin tukar bateri kereta persona, anda perlu mengambil kira perkara-perkara yang wajib anda ketahui dari awal lagi. Ada orang suka terus tukar bateri kereta persona terus di kedai bateri kereta.

Manakala, ada juga daripada kita yang ingin tukar bateri kereta persona secara sendiri di rumah. Ini bergantung kepada individu sendiri mana yang lebih anda selesa untuk lakukan.

Antara sebab untuk anda tukar bateri kereta persona sendiri atau secara diy adalah kerana :

  1. Membeli bateri kereta persona secara online
  2. Sudah tahu teknik dalam cara tukar bateri kereta persona
  3. Mempunyai masa yang lebih dan alatan yang cukup untuk tukar bateri kereta persona

Walaupun begitu, anda perlu masih melakukan sedikit rujukan seperti saiz bateri persona yang manakah sesuai anda gunakan. Selain, jenis bateri kereta persona manakah yang mengikut cita rasa anda.

Ramai yang hanya utamakan harga bateri kereta proton persona ketika ingin tukar bateri kereta persona. Namun, masih kurang pasti tentang 2 perkara seperti saiz bateri proton persona dan jenis bateri persona.

Saiz bateri kereta persona

Antara perkara paling utama dalam memilih bateri kereta persona yang betul adalah berdasarkan size bateri kereta persona itu sendiri. Apabila bercakap mengenai saiz battery persona, ianya sesuatu yang boleh anda lihat seperti dimensi pada saiz bateri kereta persona anda.

Dimensi yang tepat memberikan kemudahan sewaktu anda ingin membeli bateri kereta persona yang baru di kedai bateri kereta mahu pun secara online. Oleh itu, setiap bateri kereta akan ditampil saiz bateri kereta proton persona melalui kod pada bateri.

Saiz bateri persona lama adalah sama dengan saiz bateri persona baru. Jadi, bacaan saiz bateri kereta proton adalah contohnya seperti 46B24R atau NS60R. Berikut merupakan cara baca sizr bateri persona :

  1. Lihat pada tulisan 24 menandakan dimensi panjang bateri kereta persona anda adalah 24cm atau 240mm.
  2. Tulisan R pada kod belakang menandakan kedudukan terminal positif bateri kereta persona adalah terletak pada arah sebelah kanan.
  3. Bacaan nombor 46 tersebut merupakan pilihan tenaga elektrik tersimpan dalam bateri yang anda inginkan. Semakin tinggi maka semakin banyak tenaga dalam bateri disimpan.

bateri kereta persona baru

Jenis bateri kereta persona

Seterusnya adalah jenis bateri persona. Jenis bateri kereta persona terbahagi kepada dua jenis iaitu :

  1. Bateri kereta kering
  2. Bateri kereta basah / air

Antara kedua jenis bateri kereta persona ini adalah berdasarkan bagaimanakah cara anda dalam menggunakan kereta proton persona ini seharian. Berikut merupakan penjelasan jenis bateri persona yang manakah sesuai untuk anda :

Bateri kereta kering personaPilih bateri kereta jenis kering sekiranya anda ingin mudah setiap hari hanya hidupkan enjin dan terus ke destinasi yang ingin dituju.
Bateri kereta basah personaSekiranya anda suka akan maintain kereta dan cuba akan sesuatu tentang kereta persona anda dan dalam masa yang masa mempunyai masa terluang seperti hujung minggu, bateri basah sangatlah sesuai untuk anda kerana ianya perlu dijaga terutamanya pada takat atau level air bateri kereta. Namun, ianya hanya secara berkala sahaja dan langsung tidak menyusahkan setiap penggunaan bateri kereta basah.


Harga bateri kereta persona

Bateri kereta persona harga menjadi faktor utama kenapa ianya dipilih. Jika anda sudah rujuk 2 perkara yang telah dinyatakan di atas maka harga bateri proton persona menjadi faktor terakhir semasa pemilihan.

Selain itu, harga bateri kereta persona mengikut tahun kereta persona yang anda gunakan juga tidak memberikan perbezaan apa-apa. Hal ini demikian, harga bateri kereta persona 2010 untuk kereta persona lama(2007 hingga 2015). Manakala, harga bateri kereta 2018,2019,2020 dan 2022 adalah sama untuk persona baru(2016 hingga terkini).

Untuk jenama bateri kereta lain boleh anda dapatkan dan ianya masih dalam anggaran yang telah diberikan di atas. Harga bateri persona ini sedikit tinggi dibandingkan bateri kereta yang bersaiz kecil kerana ianya berada pada kadar medium dalam kategori saiz bateri kereta persona.

Cara pasang bateri kereta persona

Secara asasnya cara pasang bateri kereta persona baru dan persona lama adalah sama. Teknik cabut dan pasang semula adalah sangat mudah dan boleh anda ikuti seperti turutan di bawah :

  1. Lakukan tukar bateri kereta persona dalam keadaan enjin hidup.
  2. Buka bonet hadapan kereta persona anda.
  3. Pastikan kedudukan bateri yang terletak di sebelah kanan (menghadap bonet)
  4. Buka skru pemegang bateri kereta persona.
  5. Longgarkan skru wayar negatif(hitam) terlebih dahulu dan cabut wayar tersebut keluar dari terminal bateri kereta yang lama.
  6. Seterusnya lakukan perkara sama untuk wayar positif(merah)
  7. Bawa keluar bateri kereta persona yang lama.
  8. Angkat dan masukkan bateri kereta persona yang baru anda beli.
  9. Pastikan kedudukan terminal positif dan negatif pada tempat yang sama supaya wayar mudah untuk dipasang semula.
  10. Pasangkan wayar positif(merah) pada terminal bateri terlebih dahulu dan ikat semula skru dengan kemas.
  11. Lakukan juga pada wayar negatif(hitam)
  12. Pasang semula pemegang bateri kereta persona dengan baik.
  13. Selesai bagi cara pasang bateri kereta persona.

Pastikan anda membuat beberapa rujukan lain supaya anda menjadi semakin yakin dalam cara pasang bateri kereta persona bagi anda yang ingin melakukannya buat pertama kali.


One thought on “Bateri kereta persona baru dan persona lama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *