Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Roadtax motor

Bayaran roadtax motosikal

Bayaran roadtax motosikal. Apakah itu bayaran yang perlu anda belanjakan lebih-lebih lagi untuk harga roadtax motor anda ?

Segala proses memerlukan asas dalam bayaran. Bayaran roadtax motosikal merupakan nilai yang perlu anda keluarkan bagi menandakan anda telah menghidupkan roadtax motor.

Selain itu, segala urusan ini perlu anda tahu siapa, di mana serta bila bagi melancarkan lagi bayaran roadtax motosikal.

Di samping itu juga, anda tidak perlu membuang masa kerana di artikel ini anda sudah tahu tentang bayaran roadtax motosikal selengkapnya.

Siapakah yang perlu membuat bayaran roadtax motosikal ?

Untuk pengetahuan anda yang ingin tahu siapakah yang diwajibkan untuk membuat bayaran roadtax motosikal ini adalah pemilik motosikal.

Setiap pemilik motosikal bertanggunjawab akan setiap motosikal yang dimilikinya bagi membuat bayaran roadtax motosikal.

Walaupun anda memberi adik-beradik atau rakan anda menggunakan motosikal tersebut, ianya masih berada dalam kewajipan anda.

Hal ini kerana, anda merupakan pemilik motosikal dan segala perkara yang berlaku adalah di bawah jagaan anda.

bayaran roadtax motosikal

Adakah boleh untuk orang lain untuk membuat bayaran roadtax motosikal anda ?

Orang lain yang dimaksudkan adalah seperti ahli keluarga iaitu bapa, ibu serta adik beradik. Manakala juga rakan-rakan anda juga boleh termasuk dalam kalangan orang lain ini.

Bayaran roadtax motosikal boleh dilakukan oleh ahli keluarga dan juga rakan-rakan anda selagi mana ianya merupakan roadtax motosikal anda.

Ini bermaksud anda menghantar wakil bagi membuat bayaran roadtax motosikal di tempat membuat roadtax motor.

Tiada sebarang masalah jika ahli keluarga dan rakan-rakan untuk melakukan bayaran roadtax motosikal anda.

Bilakah bayaran roadtax motosikal boleh dibuat ?

Bila merujuk kepada bila, ia bermaksud merujuk kepada masa. Masa yang sesuai untuk anda membuat bayaran roadtax motosikal adalah dari seminggu sebelum roadtax motor anda tamat sehingga waktu tempoh roadtax motor anda tamat.

Rancang waktu yang sesuai dalam tempoh seminggu ini. Hal ini kerana, bagi mengelakkan anda dari terlepas untuk membuat bayaran roadtax motosikal.

Kesannya boleh memberi risiko kepada anda sebagai penunggang motosikal tersebut selama ianya ditunggang tanpa roadtax motor yang masih hidup.

Di manakah bayaran roadtax motosikal dilakukan ?

Tempat yang sesuai bagi anda melakukan bayaran roadtax motosikal adalah sseperti berikut :

  1. Jabatan Pengangkutan Jalan raya (JPJ).
  2. Pejabat pos.
  3. Agent roadtax dan insuran berdaftar.
  4. Roadtax online seperti MyJpj, Myeg, Bjak dan lain-lain yang boleh dipercayai.

Apakah setiap bayaran roadtax motosikal itu berbeza ?

Setiap bayaran roadtax motosikal adalah tidak sama. Hal ini demikian, bayaran roadtax motosikal akan merujuk kepada cc enjin sesebuah motosikal.

Penetapan yang telah dibuat pada harga roadtax motor boleh anda lakukan rujukan sebelum anda bersetuju dengan bayaran roadtax motosikal.

One thought on “Bayaran roadtax motosikal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *