Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Cara cas bateri kereta di rumah

Cara cas bateri kereta di rumah. Bagaimanakah untuk anda sebagai pemilik sesebuah kereta untuk cas bateri kereta di rumah ?

Selalu kita dengar, kalau nak cas bateri kereta saja, perlu hantar bateri kereta ke kedai. Kali ini berbeza pula, kita nak kongsikan sedikit cara cas bateri kereta di rumah.

Boleh ke cas bateri kereta walaupun anda berada di rumah ? Apakah langkah yang perlu dilakukan dari awal hingga akhir supaya cara cas bateri kereta di rumah anda itu berjalan dengan jayanya ?

Seperti yang kita tahu, cas bateri kereta dilakukan supaya kita dapat menambah tenaga cas elektrik di dalam bateri kereta. Semestinya anda sudah merasai tanda-tanda bateri kereta yang semakin lemah pada awalnya.

Disebabkan itulah anda mempunyai 2 pilihan iaitu beli bateri kereta baru atau cas bateri kereta.

Kalau anda nak jimat, pilihlah cas bateri kereta. Kalau sudah mempunyai budget maka belilah bateri kereta yang baru.

Bolehkah anda nak cas bateri kereta di rumah ?

Cas bateri kereta di rumah boleh anda lakukan sekiranya anda mempunyai alatan. Alatan bagi mengecas bateri kereta boleh anda dapati dan beli di kedai hardware atau aksesori.

Malah sekarang sudah banyak jualan secara dalam talian atau online. Taip sahaja alatan yang anda perlukan bagi menjayakan cas bateri kereta di rumah.

Sekiranya anda membeli alatan yang salah, maka proses pengecasan tidak dapat dilakukan dari awal lagi.

Apatah lagi bagi mendapatkan keputusan pengecasan yang bagus setelah melakukan cas bateri kereta di rumah dalam jangka masa yang agak lama.

Apakah alatan bagi melakukan cara cas bateri kereta di rumah ?

Alatan yang penting untuk anda beli bagi melakukan cara cas bateri kereta di rumah adalah portable car battery charger.

Portable car battery charger ini sangat mudah dilakukan walaupun anda nak cas bateri kereta di rumah.

Malah, anda boleh membawa portable car battery charger ini ke mana-mana sahaja tanpa sebarang masalah.

Jika berlaku kereta tidak boleh start kereta bateri kereta pun boleh menggunakan alatan ini bagi menambah aliran elektrik sewaktu ingin menghidupkan enjin kereta.

Bagaimanakah cara cas bateri kereta di rumah ?

Cara cas bateri kereta di rumah adalah mudah. Dengan adanya alatan seperti portable car battery charger, anda tidak perlu banyak langkah bagi melakukan pengecasan bateri kereta.

Salah satu kelebihan bagi anda yang mempunyai alatan ini adalah anda tidak perlu mencabut bateri kereta keluar dari bonet kereta anda.

Namun, langkah bagi melaksanakan cara cas bateri kereta di rumah ini perlulah betul. Jika anda salah lakukannya, maka perkara seperti litar pintas dalaman wiring kereta boleh berlaku.

Ikuti cara cas bateri kereta di rumah seperti berikut :

  1. Buka bonet hadapan kereta anda.
  2. Pastikan anda mulakan dengan keadaan enjin kereta tidak dihidupkan.
  3. Kenal pasti kedudukan bateri kereta anda di mana.
  4. Cabut atau tanggalkan wayar merah dan wayar hitam iaitu wayar positif dan negatif yang diikat pada terminal bateri kereta.
  5. Ambil portable car battery charger anda.
  6. Terdapat dua wayar iaitu wayar merah dan wayar hitam yang disediakan dari portable car battery charger.
  7. Ambil wayar merah portable car battery charger dan dikepitkan pada terminal positif bateri kereta anda.
  8. Kemudian, wayar hitam pula dikepitkan kepada terminal negatif bateri kereta.
  9. Biarkan pengecasan dilakukan selama 6 jam hingga 12 jam.

Semakin lama pengecasan dibuat semakin bagus. Ada juga yang melakukan pengecasan selama seharian atau semalaman.

Namun, yang penting keesokannya anda perlu segera monitor dan selesaikan pengecasan bagi mengelakkan over limit charging.

Apa yang perlu anda lakukan setelah pengecasan bateri kereta siap di lakukan ?

Sudah tentu anda tidak sabar untuk start enjin kereta anda selepas membuat pengecasan bateri kereta. Namun, ikuti langkah di bawah setelah anda selesai dalam cara cas bateri kereta di rumah dilakukan.

  1. Pastikan anda cabut wayar bateri kereta portable car battery charger dengan cara reverse dari semasa anda memasangnya.
  2. Setelah selesai pengecasan dilakukan, cabut wayar hitam terlebih dahulu, kemudian wayar merah.
  3. Pasang semula wayar positif yang berwarna merah dari kereta anda kepada terminal bateri kereta positif anda.
  4. Manakala, begitu juga wayar negatif berwarna hitam dari kereta perlu dipasang semula pada terminal negatif bateri kereta anda.
  5. Pastikan kedua wayar tadi diikat dengan kemas dan rapi.
  6. Mulakan start enjin kereta anda.
  7. Jika enjin kereta berjaya dihidupkan, maka bateri kereta anda mampu bertahan dalam jangka masa 1 bulan hingga 3 bulan.
  8. Jika enjin kereta tidak boleh di start, ada kemungkinan bateri kereta anda tidak boleh digunakan lagi dan perlu ditukar kepada yang baru.
  9. Manakala, jika sudah menukar bateri kereta baru, tetapi enjin kereta tidak juga dapat dihidupkan, maka rujuk bengkel kereta berhampiran supaya mereka dapat cek apakah masalah sebenar kereta anda tidak dapat start.

One thought on “Cara cas bateri kereta di rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *