Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Alat check bateri kereta

Alat check bateri kereta. Apakah peralatan yang digunakan bagi anda menjalani perkara seperti check bateri kereta ?

Alatan check bateri kereta sangat penting anda gunakan bagi mengetahui keadaan bateri kereta anda.

Pilihan alat check bateri kereta yang betul memainkan peranan penting supaya proses yang anda lakukan tersebut adalah tepat.

Dari situlah anda dapat membaca dan membuat keputusan sama ada bateri kereta anda masih mempunyai baki cas tenaga ataupun bateri kereta telah pun kong.

Jika alat check bateri kereta yang anda gunakan adalah salah, maka anda sendiri tidak dapat membuat keputusan. Sama ada anda perlu perlu atau tidak membeli bateri kereta baru.

alat check bateri kereta
Alat check bateri kereta

Mengapa perlu untuk check bateri kereta

Bateri kereta merupakan pembekal tenaga cas elektrik kepada sesebuah kereta. Ianya digunakan terutama semasa anda ingin memulakan hari anda menggunakan kereta tersebut dengan start enjin.

Semasa ingin start enjin, penggunaan bateri kereta yang cukup cas tenaga elektrik di dalam bateri kereta membantu untuk kereta anda dihidupkan enjinnya.

Sekiranya didapati bateri kereta anda telah kong atau lemah, maka untuk hidupkan enjin kereta anda adalah amat mustahil sama sekali.

Ada beberapa peranan lain lagi bateri kereta anda digunakan seperti penggunaan radio, pendingin hawa (aircond), lampu kereta dan banyak lagi fungsinya.

Lebih-lebih lagi di zaman teknologi semakin canggih ini. Brek parking kereta pun sudah menggunakan teknologi yang berkait rapat dengan bateri kereta.

Di sebabkan itulah, penting untuk anda check bateri kereta supaya kereta anda tidak kehabisan bateri kereta secara tidak anda sedari.

Bacaan artikel inilah kita akan memperlihatkan alat check bateri kereta. Apakah ianya sesuai supaya anda dapat melakukannya sendiri walaupun di rumah tanpa sebarang masalah.

Apakah alat check bateri kereta yang sesuai digunakan ?

Terdapat 3 alat check bateri kereta yang boleh anda gunakan agar anda dapat mencegah kereta dari tiba-tiba breakdown di luar akibat dari bateri kereta lemah atau telah habis.

1. Tarikh bateri kereta

Tarikh bateri kereta bila kita baca dari tajuknya bukanlah alat. Namun, percayalah ia merupakan alat check bateri kereta agar anda sendiri dapat menganggarkan bilakah waktu sesuai untuk tukar bateri kereta baru.

Check tarikh bateri kereta anda yang tertulis pada permukaan bateri kereta semasa pembelian. Kemudian, buat kiraan sehingga hari ini ianya telah mencapai berapa lama penggunaan.

Seterusnya, ketahui jangka hayat bateri kereta yang aggaran penggunaannya. Selalunya lebih kurang 2 hingga 3 tahun selepas dari tarikh pembelian atau tarikh anda menggunakan bateri kereta tersebut.

2. Indikator alat check bateri kereta

Alat check bateri kereta seterusnya adalah indikator melalui penglihatan pada permukaan bateri kereta anda.

Tidak semua jenama bateri kereta ada indikator ini, namun, ia ternyata sangat membantu untuk anda check keadaan semasa bateri kereta anda.

Kelebihan pada indikator ini akan memberitahu adakah masih boleh anda mengecas bateri kereta tersebut atau terus tukar kepada bateri kereta baru.

Jika masih boleh anda cas, ia satu peluang. Bateri kereta yang sedang anda gunakan itu masih boleh tahan dalam jangka masa tertentu selepas membuat pengecasan.

3. Multimeter sebagai alat check bateri kereta

Alatan seperti multimeter ini kebanyakkannya akan terdapat dibengkel kereta atau kedai bateri kereta. Jika anda nak beli sendiri pun boleh.

Tapi jika sekadar guna nak check bateri kereta, lebih baik anda menggunakan alat check bateri kereta seperti multimeter ini sewaktu anda menghantar kereta untuk servis minyak hitam.

Sambil-sambil tukar minyak hitam, minta pihak bengkel untuk check bacaan sama ada bateri kereta anda masih berada di tahap optimum atau sebaliknya.

Dapatkan saranan pihak kedai kerana mereka lebih mengetahui sama ada bateri kereta itu masih boleh di cas, atau tidak atau perlu diganti baru.

Baca juga : Cara check bateri kereta guna multimeter

Apakah kesan jika salah memilih alat check bateri kereta ?

Pemilihan alat check bateri kereta yang salah akan membuatkan anda tidak dapat membaca bilakah perlu anda tukar bateri kereta yang baru.

Kesannya, kereta anda bila-bila saja akan meragam dan boleh berlaku breakdown dimana-mana ianya hendak.

Sebaiknya anda perlu mengelakkan kereta breakdown akibat dari bateri kereta telah kong ini.

Hal ini demikian, gunakan alat check bateri kereta yang telah dikongsikan seperti di atas.

One thought on “Alat check bateri kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *