Harga bateri amaron persona
Harga bateri amaron persona. Berapakah harga bateri kereta amaron untuk menggantikan bateri kereta persona yang sudah lemah atau kong ?
Tujuan dalam mengetahui harga bateri kereta adalah memudahkan untuk anda sediakan budget bagi menggantikan bateri kereta persona. Namun, sebelum anda terus nak beli bateri kereta persona yang baru, anda hendaklah betul-betul pastikan sama ada punca yang terjadi kepada kereta persona anda.
Apabila anda sudah pastikan punca yang menyebabkan bateri kereta persona anda itu telah habis atau kong, barulah anda digalakkan untuk membeli sebuah bateri kereta persona yang baru.
Bukan apa, berdasarkan pengalaman aku, pernah terjadi kereta aku tak boleh start. Bila dah beli bateri baru, kereta masih tak boleh start juga. Kes-kes ini juga banyak terjadi kepada ramai orang.
Kalau boleh dielakkan dari kerugian membeli bateri baru lebih baik duit tersebut dibelanjakan untuk kos kepada punca kenapa kereta tak boleh start tadi. Jika dah yakin disebabkan bateri kereta persona anda kong, barulah tidak rugi anda keluarkan harga bateri amaron persona.
Apakah pilihan dalam jenama bateri amaron yang sesuai untuk kereta proton persona ?
Berdasarkan saiz bateri kereta persona , pilihan bagi jenama bateri kereta amaron yang boleh anda jadikan pilihan adalah seperti berikut :
- Bateri Amaron Go
- Bateri Amaron Hi-life
- Bateri Amaron Din55 / Amaron Hi-life Pro
Terdapat 3 jenis kategori bateri amaron yang berbeza sesuai dengan saiz bateri persona, anda boleh bandingkan mengikut berapakah jumlah aH yang dibekalkan. Ianya bukan berdasarkan harga bateri amaron persona yang murah semata-mata.
Pastikan anda mengetahui kadar bekalan elektrik pada setiap bateri amaron tersebut supaya anda datang ke kedai bateri kereta dan terus memilih bateri yang anda mahukan.
Pihak kedai bateri kereta tidak semestinya memiliki stok semua kategori bateri amaron di atas. Jadi, datang saja kedai bateri kereta anda sudah tahu kesesuaian yang anda hendak dan boleh bandingkan harga bateri amaron persona secara lebih atau kurang dari harga market semasa.
Berapakah harga bateri amaron persona berdasarkan pilihan yang ada ?
Berikut merupakan harga bateri amaron persona. Ianya tidak jauh dari harga market dan perubahan semasa. Segala perubahan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Kategori Bateri Amaron | Harga Bateri Amaron Persona |
Amaron Go | RM220-RM250 |
Amaron Hi-Life | RM260-RM280 |
Amaron DIN55 /Amaron Hi-Life PRO | RM340-RM380 |
Anggaran bagi harga bateri amaron persona di atas diberi berdasarkan beberapa faktor seperti :
- Anda hanya membeli bateri kereta amaron sahaja tanpa menjual bateri lama
- Anda membeli bateri amaron persona dan menjual bateri lama
- Anda menggunakan khidmat delivery dan pasang bateri kereta amaron
Di mana tempat untuk beli bateri kereta amaron persona ?
Ada beberapa tempat yang boleh anda membeli bateri kereta amaron persona yang antaranya adalah :
- Kedai bateri kereta (khas untuk bateri kereta sahaja)
- Kedai menjual sparepart kereta
- Kereta baiki kereta (kedai tayar kereta, kedai aircond kereta)
- Secara dalam talian (online)
Kedai aksesori juga adalah bergantung. Ada yang tidak menjual bateri kereta, ada juga yang ada, namun tempat ini tidak banyak pilihan jika ianya ada. Kedai baiki kereta yang dinyatakan juga tidak mempunyai banyak pilihan.
Manakala, harga bateri amaron persona di setiap tempat adalah berbeza berdasarkan service yang mereka berikan. Anda boleh survey dahulu bateri amaron persona di beberapa tempat untuk mendapatkan harga yang berpuas hati selaras dengan market semasa.
Pingback: Harga bateri kereta Amaron berapa ? - Mekanikakereta