Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Harga bateri kereta myvi century : Mengikut Gen

Harga bateri kereta myvi century. Berapakah harga bateri century yang sepatutnya sebuah kereta yang ternama dan antara majoriti di jalan raya iaitu perodua myvi ?

Dalam banyak-banyak pilihan bateri kereta century yang ada di pasaran, bukan semuanya boleh digunakan mengikut kehendak anda.

Lebih-lebih lagi anda menggunakan sebuah kereta myvi yang mempunyai beberapa varian seperti myvi gen 1 atau myvi lama. Kemudian, myvi gen 2 atau myvi lagi best dan myvi icon serta myvi gen 3 atau dikenali sebagai myvi baru.

Bateri century myvi yang tepat membawa kepada penggunaan yang baik dari segi ketahanan yang sewajarnya. Ianya sejajar dengan harga bateri century myvi yang anda belanjakan.

Jadi, artikel kali ini akan memberikan cadangan yang terbaik khas untuk anda yang ingin membeli bateri century myvi.

Harga bateri century myvi gen 1 (myvi lama)

Kereta myvi gen1 merupakan keluaran awal sejak perodua myvi diperkenalkan. Ianya dikeluarkan semenjak dari tahun 2005 hingga 2011.

Pemilihan bateri century myvi untuk myvi lama yang sesuai adalah yang mempunyai kod seperti ns40zl. Atau lebih teliti kodnya seperti 46B20L yang merupakan dari keluaran century marathoner max.

Harga bateri kereta myvi century untuk myvi gen1 ini adalah berjumlah sekitar RM180 hingga RM200 sahaja.

Harga bateri kereta myvi century

Harga bateri century myvi gen 2 (myvi lagi best dan myvi icon)

Seterusnya, keluaran selepas dari itu iaitu myvi gen2 yang mempunyai 2 varian seperti myvi lagi best dan juga myvi icon(facelift).

Perodua myvi lagi best mulakan pelancarannya pada tahun 2011 hingga 2014 dan disambung pula dengan model facelift yang dalam masa yang sama masih di bawah myvi gen2 pada tahun 2015 hingga awal tahun 2018.

Keluaran bagi myvi lagi best dan juga myvi icon(facelift) ini menggunakan bateri century myvi yang sama dengan myvi gen1 iaitu century marathoner max.

Oleh itu, harga bateri kereta myvi century juga adalah sekitar RM180 hingga RM200 sahaja belum termasuk sekiranya anda menjual bateri kereta yang lama di kedai bateri yang anda beli.

Harga bateri century myvi gen 3 (myvi baru)

Pelancaran myvi gen3 atau myvi g3 yang digelar sebagai myvi baru ini bermula dari tahun 2018 hingga kini.

Keluaran bagi kereta perodua myvi g3 ini mempunyai 2 pilihan bateri century myvi yang boleh digunakan antaranya adalah century marathoner max dan juga marathoner max EFB (idle stop).

Ada dua pilihan bateru century myvi bermakna terdapat dua pilihan pada kereta myvi gen3 ini yang seharusnya anda perhatikan.

Untuk yang menggunakan century marathoner max biasa, adalah kepada perodua myvi g3 sebelum facelift yang tidak mempunyai sistem atau teknologi start stop atau eco idle.

Manakala, sistem eco idle ini lebih-lebih lagi model myvi g3 facelift yang terkini semuanya dilengkapi tidak kira anda memiliki myvi g3 berenjin 1.3 mahupun 1.5 .

Harga bateri century myvi tanpa eco idle adalah sekitar RM180 hingga RM200 yang menggunakan kod bateri 46B20L.

Manakala, harga bateri kereta myvi century dengan kehadiran teknologi eco idle/start stop idle berjumlah sekitar RM280 hingga RM300 sahaja.

One thought on “Harga bateri kereta myvi century : Mengikut Gen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *