Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Berapa Harga bateri kereta Century perlu dikeluarkan ?

Harga bateri kereta Century. Berapakah jumlah bagi harga bateri kereta berdasarkan antara jenama bateri kereta terkemuka di negara kita iaitu bateri kereta century ?

Nilai bagi sesebuah harga bateri kereta perlu dikenal pasti supaya anda tahu harga pasaran bateri kereta century yang dijual di tempat menjual bateri kereta. Ianya merupakan satu keperluan, tidak diwajibkan untuk anda.

Namun, sebagai orang yang sendiri berpengalaman tukar bateri kereta pasti akan mengambil kira harga bateri kereta century supaya anda membeli bateri kereta yang sesuai setanding dengan harga yang anda bayar.

Jadi, 2 perkara yang boleh anda jadikan rujukan harga bateri kereta century berikut mampu memberikan anda sedikit pengetahuan asas agar tidak merugikan anda dalam pemilihan bateri kereta yang baru untuk kereta anda.

Harga bateri kereta century berdasarkan kereta yang anda gunakan

1. Harga bateri century myvi

Bateri century myvi yang sesuai digunakan antara adalah bersaiz kecil. Namun, anda perlu perlihatkan sama ada anda perlukan jenis bateri kereta myvi yang biasa ataupun jenis EFB.

Harga bateri kereta myvi century adalah seperti berikut :

Jenis bateri kereta myviHarga bateri century myvi
Bateri keringRM170-RM200
Bateri basahRM150-RM170
Bateri EFBRM270-RM300

Harga bateri kereta century untuk kereta myvi adalah tidak sama berdasarkan keperluan. Bateri kereta century harga yang sesuai dengan keperluan pasti memberikan anda ketahanan yang baik dan berbaloi untuk dimiliki.

Baca juga : Bateri kereta myvi tahan berapa lama

harga bateri kereta century

Harga bateri kereta century berdasarkan jenis bateri kereta

1. Harga bateri kering century

Majoriti bateri kereta yang ditawarkan oleh jenama bateri kereta century adalah terdiri daripada bateri kering. Ianya juga dikenali sebagai MF bermaksud maintainance free atau dengan kata mudah pasang dan pakai hingga habis atau kong.

Antara tawaran harga bateri kering century seperti berikut :

Kategori bateri centuryHarga bateri kering century
Century Marathoner MaxRM170-RM360
Century ExcelRM260-RM600
Century Optima PrimeRM195-RM500
Century SDFC (Specially Designed For Continental)RM200-RM970

Harga bateri kereta century jenis kering atau MF adalah berdasarkan harga terendah hingga tertinggi dalam setiap pilihan dalamnya terdapat pelbagai saiz bateri kereta.

2. Harga bateri basah century

Bagaimana pula, bateri basah century pula hanya terdapat 1 pilihan yang dikenali sebagai Century Hybrid. Kategori bateri century ini adalah jenis low maintainence battery (LM) yang perlu dijaga dari segi air bateri kereta.

Ianya lebih kepada ketahanan sekiranya di jaga dengan mengikut jadual. Harga bateri basah century ini adalah bermula dengan RM150 dan mampu mencapai RM800 berdasarkan saiz bateri kereta yang sesuai dengan kereta anda.

Baca juga : Bateri kereta century tahan berapa lama

Harga bateri kereta century berdasarkan saiz bateri kereta

1. Harga bateri century ns40zl atau ns40

Bagi pengguna kereta antaranya seperti perodua axia, bezza, myvi, honda city, honda jazz yang menggunakan bateri kereta ns40zl, harga bateri kereta century ns40zl merupakan yang paling murah boleh anda dapatkan.

Dalam kesemua kategori harga bateri century hybrid merupakan paling murah iaitu bermula dengan RM150. Manakala, pilihan untuk bateri free maintainence (MF) iaitu harga bateri century marathoner bermula dengan harga RM170.

Baca lebih lanjut : Harga bateri century ns40zl

2. Harga bateri century ns60

Bateri century ns60 juga digunakan oleh kereta antaranya seperti proton saga, iriz, persona, toyota vios, toyota altis, nissan almera dan juga nissan grand livina.

Harga bateri kereta century ns60 juga berbeza berdasarkan kategori. Contoh harga bateri century ns60 kategori hybrid bermula dengan RM160, marathoner max bermula dengan RM190 dan SDFC bermula dengan RM220.

3. Harga bateri century ns70

Manakala, untuk harga beteri ns70 pula adalah berdasarkan kategori manakah yang hendak anda pilih iaitu hybrid sekitar RM220, marathoner max sekitar RM270 dan untuk SDFC pula sekitar RM290.

Kereta-kereta yang menggunakan bateri century ns70 ini antaranya adalah seperti proton exora, inspira, perdana, toyota innova, unser, estima dan juga nissan sentra.

4. Harga bateri century 55d23l

Kebanyakkan yang menggunakan bateri century 55d23l adalah seperti kereta proton exora,inspira dan toyota innova. Namun, berdasarkan bacaan kuasa pada kod bateri 55d23l, merupakan antara yang rendah tetapi masih mencukupi untuk kereta anda.

Harga bateri century 55d23l bagi kategori marathoner max adalah bermula dengan RM300 sahaja. Jika anda menjual bateri lama maka akan mendapat sedikit penjimatan bergantung kepada tempat anda beli bateri kereta.

5. Harga bateri century din55r

Bagaimana pula, harga bateri century din55r pula bermula dengan RM235 hingga RM280. Harga RM235 untuk bateri din55 yang basah dan manakala harga RM280 pula untuk bateri din55 marathoner max iaitu bateri kering.

Harga bateri kereta motolite

Untuk pengetahuan anda, bateri kereta motolite merupakan jenama di bawah syarikat jenama bateri century sendiri. Anda boleh dapatkan di kedai bateri century yang berdaftar sebagai pengedar yang sah.

Harga bateri kereta motolite adalah bermula dari sekitar RM155 hingga RM300. Oleh itu, harga bateri motolite juga terdiri daripada bateri kering dan bateri basah yang mana bateri basah lebih murah dibandingkan bateri motolite kering.

4 thoughts on “Berapa Harga bateri kereta Century perlu dikeluarkan ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *