Harga insuran motor 150cc 3rd party berapa ?
Harga insuran motor 150cc 3rd party. Berapakah harga bagi insurans motor yang mempunyai 150cc bagi perlindungan 3rd party ?
Setiap pemilik motor adalah wajib membuat perlindungan insurans motor. Ada dua jenis perlindungan yang boleh anda pilih iaitu insurans motor 1st party dan juga insurans motor third party.
Kebanyakkan dari kita ramai yang sudah memiliki motor yang mempunyai 150cc. Walaupun begitu, setiap motosikal 150cc yang baru anda beli disarankan supaya anda menghidupkan insuran motor 1st party.
Namun, di artikel ini kita akan mengupas sedikit sebanyak tentang harga insuran motor 150cc 3rd party.
Walaupun ianya sangat tidak digalakkan, ianya tetap boleh anda hidupkan atas sebab tertentu terutamanya bagi anda yang terkesan dan memerlukan insurans motor yang mengikut budget anda.
Artikel terdahulu : Harga roadtax dan insurans motor 150cc
Bolehkah untuk anda renew harga insuran motor 150cc 3rd party ?
Sebelum ini memang aku hidupkan insurans motor 150cc aku menggunakan insurans motor first party.
Namun, atas beberapa sebab memerlukan duit lebih untuk perbelanjaan lain, terpaksalah aku mencari harga insuran motor 150cc 3rd party.
Pada mulanya, aku tidak disarankan oleh agent tempat aku buat roadtax dan insurans motosikal untuk membuat insurans motor 3rd party.
Hal ini kerana, motosikal 150cc yang aku beli itu masih mempunyai baki loan yang perlu dibayar setiap bulan.
Untuk pengetahuan anda, tidak semua syarikat insuran menawarkan insurans motor 3rd party bagi motor yang baru dibeli.
Namun, disebabkan aku memerlukan budget insurans motor, pihak agent roadtax dan insurans motor itu menyarankan aku melalui 1 syarikat insurans motor ini.
Berapakah harga insuran motor 150cc 3rd party ?
Harga insuran motor 150cc 3rd party yang aku kongsikan ini merupakan dari pengalaman aku sendiri yang hanya 1 tahun sahaja renew menggunakan insurans morot 3rd party.
Tahun depan kemudiannya, aku sudah renew insurans motor first party kembali kerana sudah mempunyai budget yang mencukupi.
Motor yang aku miliki tersebut merupakan motor Honda RS150. Dengan mempunyai NCD sebanyak 15%, dan ianya merupakan tahun ketiga motor itu sejak keluar dari kedai.
Harga insuran motor 150cc 3rd party pada tahun itu hanyalah berjumlah RM145 sahaja.
Adakah harga insurans motor 150cc 3rd party boleh dapat lebih murah ?
Ada orang masih terasa harga insuran motor 150cc 3rd party yang diberikan masih mahal dan tidaklah terlalu murah.
Sebenarnya harga insuran mtoor 150cc 3rd party yang anda dapat merupakan penetapan yang paling rendah dan paling murah yang boleh anda dapati.
Jika anda rajin nak survey, anda akan dapati harga insuran motor 150cc 3rd party adalah tidak jauh beza dari satu sama lain.
Hal ini demikian, pihak syarikat insuran mengambil kira kadar perlindungan bukan untuk anda, tetapi perllindungan kepada pihak ketiga sekiranya anda yang menyebabkan kemalangan berlaku.
Pingback: Harga roadtax dan insurans motor 150cc ? - Mekanikakereta