Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Insuran motor

Harga insuran motor 200cc

Harga insuran motor 200cc. Bagaimanakah nak tahu harga insuran motor untuk cc enjin motor bernilai 200cc ?

Kuasa enjin atau cc enjin adalah amat penting dalam pengiraan harga insuran motor. Jika cc enjin motor anda adalah tidak tepat, maka ianya akan mempengaruhi harga insuran motor anda.

Bukan itu saja, malah akan turut menjejaskan anda ketika hendak membuat claim insuran motor.

Apa yang penting disini adalah anda tidak melakukan sebarang kesalahan semasa memberi atau memasukkan maklumat cc enjin motor anda.

Di artikel ini kita akan fokuskan kepada motosikal yang didatangkan dengan cc enjin sebanyak 200cc. Berapakah harga insuran motor 200cc yang perlu anda belanjakan ?

Artikel terkait : Senarai harga insuran motor mengikut cc

Bagaimana nak tentukan cc enjin motor anda adalah 200cc ?

Ada dua cara bagi memastikan motor anda mempunyai cc enjin bernilai 200cc iaitu :

1. Rujuk pada geran motor 200cc anda

Setiap daripada anda yang membeli motor secara tunai (cash) mahupun ansuran akan diberikan geran motor.

Lihat maklumat dalam geran motor anda yang tertulis cc enjin. Jika anda dapati tertulis 197cc, 198cc atau 199cc, ianya merupakan motor 200cc.

2. Lihat pada polisi insuran motor 200cc sebelum ini

Mungkin juga anda terlupa letak di mana geran motor anda. Namun, usah risau kerana anda masih boleh membuat rujukan pada polisi insuran motor anda pada tahun sebelum ini.

Pada covernote insuran tersebut juga akan tertera dan tertulis berapa cc enjin motor anda dengan betul.

Apakah jenama motor 200cc yang terdapat di negara kita ?

Antara motosikal yang mempunyai 200cc di negara kita adalah :

harga insuran motor 200cc
  1. KTM Duke 200
  2. Sym Jet14 200
  3. KTNS Scrambler 200

Berapakah harga insuran motor 200cc ?

Harga insuran motor 200cc ini adalah merujuk kepada ciri-ciri di bawah iaitu :

  1. Keluaran motor 200cc yang baru (bermula dari tahun pertama hidupkan insuran motor 200cc)
  2. Permulaan NCD (no claim discount) adalah sebanyak 10%
  3. Harga insuran motor 200cc first party

Harga insuran motor 200cc berikut merupakan harga anggaran yang berhampiran yang boleh anda jadikan rujukan.

TahunNCDMarket valueHarga insuran motor 200cc
110%RM13,500RM530-RM600
215%RM12,100RM470-RM510
320%RM11,400RM410-RM450
425%RM10,500RM350-RM390

One thought on “Harga insuran motor 200cc

Comments are closed.