Harga insuran motor 900cc
Harga insuran motor 900cc. Berapakah nilai bagi harga insuran motor yang mempunyai cc enjin sebanyak 900cc ?
Kebanyakkan motosikal di negara kita terdiri dari cc enjin motor yang kecil. Tidak kurang juga bagi cc enjin yang besar turut menjadi pilihan ramai.
Bagi harian sememangnya banyak motor cc enjin kecil berada di atas jalan raya. Namun, berbeza pula bagi cc enjin besar kebanyakkannya selalu digunakan pada hujung minggu bagi beberapa tujuan.
Antara tujuannya seperti ride beramai-ramai menuju lokasi melebihi 100km dan ke atas. Kerap kali akan terjumpa motor-motor cc enjin besar ini semasa di atas highway berkonvoi.
Apakah jenama motor yang mempunyai cc enjin sebanyak 900cc di negara kita ?
Antara motosikal cc enjin besar yang menjadi pilihan kini adalah seperti berikut :
- Yamaha Tracer 900 GT
- Kawasaki Z900
- Yamaha MT-09
Ketiga jenama motor di atas merupakan hanya antara menjadi kesukaan pemiliknya sesuai dengan pelbagai fungsi dan terutamanya bagi perjalanan yang jauh.
Bercakap berkenaan perjalanan jauh sudah semestinya kelajuan menjadi keutamaan. Disebalik kelajuan juga perlu dilihat melalui cc enjin motor iaitu 900cc.
Berapakah harga insuran motor 900cc yang perlu dibelanjakan setiap tahun ?
Melalui cc enjin jugalah antaranya menjadi rujukan dari segi harga insuran motor 900cc ini. Jika anda tersilap dalam menentukan cc enjin, maka akan terdapat juga masalah terhadap claim insurans motor 900cc anda pada masa akan datang.
Berdasarkan cc enjin motor 900cc ini jugalah motosikal anda boleh ditentukan market value tahunan yang berubah-ubah mengikut harga pasaran semasa. Ianya bersifat menurun dan berkurang mengikut tahun motor tersebut dikeluarkan.
Harga insuran motor 900cc di bawah adalah merupakan harga anggaran yang boleh anda jadikan rujukan. Harga yang diberikan merupakan harga insurans motor first party dan bermula dari harga motor yang baru dibeli.
Anda boleh merujuk harga anggaran insurans motor 900cc di bawah. Hal ini demikian setiap motosikal 900cc tidak mempunyai harga pasaran yang sama dan berbeza permulaan NCD (no claim diskaun).
Tahun | NCD | Market Value | Harga insuran motor 900cc |
1 | 10% | RM47,000-RM50,000 | RM1,700-RM1,900 |
2 | 15% | RM44,000-RM45,000 | RM1,500-RM1,600 |
3 | 20% | RM39,000-RM41,000 | RM1,300-RM1,400 |
4 | 25% | RM35,000-RM37,000 | RM1,000-RM1,200 |
Pingback: Senarai harga insuran motor mengikut cc - Mekanikakereta