Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Insuran motor

Harga insuran motor di pejabat pos

Harga insuran motor di pejabat pos. Berapakah harga insuran motor sekiranya anda berhasrat ingin hidupkannya di pejabat pos ?

Terdapat banyak tempat untuk anda renew insuran motor. Antaranya adalah di pejabat pos.

Pejabat pos terletak hampir di setiap pekan dan bandar di negara kita. Tidak kira berhampiran kediaman atau tempat kerja anda, ianya boleh anda kunjungi mengikut waktu ianya beroperasi.

Tiada alasan lagi untuk anda terlewat dalam renew insuran motor. Pergi ke pejabat pos bukan saja boleh dapatkan harga insuran motor, malah turut harga roadtax motor..

Urusan di sana antara termudah untuk anda selesaikan. Namun, perlu diingat pada masa sekarang tidak boleh terus pergi saja.

Rancang waktu yang kurang dikunjungi oleh orang ramai. Lebih-lebih lagi elakkan datang pada waktu tengahari.

Waktu operasi pejabat pos bagi mendapatkan harga insuran motor

Mengikut pengelaman aku ketika hadir di pejabat pos, waktu operasi adalah bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang.

Jika mengikut hari pula dari hari isnin hingga sabtu. Namun, waktu pada hari sabtu dari 8.30 pagi hingga 1 petang sahaja. Itu pun tidak semua branch pejabat pos yang buka.

Dapatkan harga insuran motor pejabat pos anda pada sepanjang waktu ini. Tetapi ada yang mengatakan bila dah datang orang terlalu ramai menunggu giliran.

Sebaliknya, ada juga yang datang ke pejabat pos tanpa sebarang masalah menunggu giliran lebih-lebih lagi untuk mendapatkan harga insuran motor di pejabat pos.

Waktu operasi yang digalakkan untuk dapatkan harga insuran motor di pejabat pos

Hadirkan diri anda bagi mendapatkan harga insuran motor di pejabat pos pada waktu awal pagi dan lewat petang dari hari selasa, rabu serta khamis.

Selain itu, elakkan pergi ke pejabat pos pada hujung bulan kerana pada waktu itu merupakan waktu sibuk dengan urusan lain.

harga insuran motor di pejabat pos

Berapa harga insuran motor di pejabat pos ?

Harga insuran motor pejabat pos sebenarnya tidaklah terlalu tinggi. Hal ini kerana, tiada cas yang dikenakan kepada anda sekiranya anda ingin tahu harga insuran motor di pejabat pos.

Ianya adalah sama sekiranya anda membuat insuran motor di branch insuran, agent insuran serta online insuran.

Selain itu, harga insuran motor di pejabat pos boleh anda dapatkan 2 hingga 3 syarikat insuran yang berbeza sekali gus.

Disebabkan itulah anda digalakkan datang pada waktu tidak sibuk kerana pihak kaunter dapat memberi kerjasama bagi mendapatkan harga insuran motor pejabat pos lebih dari satu sebagai pilihan untuk anda.

Jika diberikan pilihan begini, maka anda boleh mendapatkan harga insuran motor yang paling murah disamping ianya terbaik untuk motosikal anda.

Adakah harga insuran motor pejabat pos berubah-ubah ?

Penetapan bagi harga insuran motor pejabat pos adalah bukan dari pihak pejabat pos. Jika terdapat perubahan harga insuran motor, maka ianya adalah dari pihak syarikat insuran itu sendiri.

Jika sebelum ini anda sudah membuat survey harga insuran motor di pejabat pos, pastika ianya adalah seminggu sebelum insuran motor anda tamat.

Cara ini dapat mengelakkan harga insuran motor pejabat pos anda berubah-ubah ketika mendapat harga dan ketika ingin membuat insuran motor pada hari berbeza.

Sekiranya anda menggunakan cara ini, namun masih terdapat perubahan harga insuran motor di pejabat pos, ada kemungkinan anda renew insuran motor melebihi dari tarikh tamat insuran motor anda.

Namun, perubahan harga insuran motor tidak akan jauh bezanya dengan harga yang anda survey dari awal tadi.

Contohnya, semasa survey harganya adalah RM345, maka semasa hidupkan insuran motor berharga RM360 hingga RM380 sahaja.

One thought on “Harga insuran motor di pejabat pos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *