Harga insuran motor yamaha r15 (Yzf-R15)
Harga insuran motor yamaha r15. Pengenalan dari sebuah jenama motor di negara kita iaitu yamaha r15 mendapat sambutan yang agak memberansangkan oleh para pemilik motosikal.
Dengan gaya seperti motor superbike, motor yamaha r15 ini memberikan pengalaman permulaan sebelum anda ingin menaik taraf kepada motor superbike yang sebenar dengan cc enjin yang lebih besar.
Namun, ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan sebelum anda membeli motor r15 ini selain daripada membayar bulanan. Hal berikut adalah seperti maintainance, roadtax dan juga insuran motor setiap tahun.
Di artikel ini akan memberikan fokus kepada harga insuran motor yamaha r15. Anda akan mengetahui kadar harga insuran motor untuk yamaha r15 yang sepatutnya anda bayar bermula dari tahun pertama anda beli.
Pemilik motor yamaha r15
Kepada bakal dan pemilik motor yamaha r15, anda mempunyai pilihan sama ada ingin memiliki motor secondhand iaitu yamaha r15 atau motor baru yang masih mempunyai stok iaitu yamaha R15M.
Disini akan terbahagi kepada dua jenis harga insuran motor yamaha r15 dan juga harga insuran motor yamaha r15m. Keduanya sama cuma tahun keluaran sahaja yang berbeza.
Ini menandakan market value keduanya adalah berlainan disebabkan pengaruh daripada nilai pasaran semasa. Anda perlu membuat keputusan yang bukan sekadar hanya untuk loan motor anda lepas, malah perlu membuat budget kiraan bagi menyediakan harga insuran motor ini setiap tahun.
Pilihan insuran motor untuk yamaha r15
Sudah tentu digalakkan untuk anda memilih harga insuran motor first party atau komprehensif sebagai keutamaan semasa ingin hidupkan insuran motor. Hal ini kerana, ia mempunyai coverage mengikut market value semasa yang akan melindungi motor anda jika mengalami sebarang perkara yang tidak diingini.
Perkara seperti kemalangan, motor hilang dan juga terlibat dalam kebakaran mampu dilindungi oleh syarikat insuran motor. Sudah tentu ianya agak mahal sedikit dibandingkan pilihan harga insuran motor third party.
Insuran motor 3rd party tidak mendatangkan apa-apa manfaat kecuali jika anda terlibat dalam kemalangan antara motor dengan motor dan didapati bukan dari kesalahan anda. Selain itu juga sekadar memberi kelebihan supaya anda terlepas dari dikenakan tindakan saman.
Lain-lain daripada itu, risiko pada motor yamaha r15 perlu anda tanggung sendiri. Lebih merumitkan jika loan masih perlu dibayar pada pihak institusi kewangan yang anda mohon untuk motor tersebut.
Harga insuran motor yamaha r15
Secara asasnya, harga insuran motor yamaha r15 yang akan diberikan merupakan anggaran terdekat sahaja. Anda boleh rujuk pada jadual di bawah bagi memudahkan anda untuk menyediakan budget dari awal.
Anggaran ini akan diberikan pada anda yang baru sahaja ingin memiliki motor tanpa transfer NCD daripada motor lain. Ini bermakna NCD anda akan bermula dengan 15% iaitu tahun pertama selepas anda membeli motor yamaha r15. secara 2ndhand.
Market value | NCD | Harga insuran motor yamaha r15 |
RM7,500 | 15% | RM382 |
RM6,800 | 20% | RM355 |
RM6,100 | 25% (max) | RM330 |
Manakala, berikut juga merupakan anggaran bagi harga insuran motor yamaha r15m anda membeli motor yamaha r15m yang baru :
Market value | NCD | Harga insuran motor yamaha r15m |
RM13,500 | 15% | RM765 |
RM12,800 | 20% | RM680 |
RM11,200 | 25% (max) | RM622 |
Pingback: Senarai harga insuran motor mengikut cc - Mekanikakereta