Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Harga insurans kereta

Berapa harga insuran kereta persona 1.6 sepatutnya ?

Harga insuran kereta persona 1.6. Dalam memiliki sebuah kereta, anda perlulah mengambil kira banyak aspek yang wajib dipertimbangkan sebelum bersetuju dengan memiliknya.

Antara kos yang perlu anda titik beratkan adalah seperti harga insuran kereta 1.6 iaitu kereta proton persona. Model proton persona generasi pertama di negara kita merupakan model bermulanya dari tahun 2007 hinggalah tahun 2015.

Secara anggarannya kami meneliti harga insuran kereta persona 1.6 ini adalah sangat berbaloi sekiranya anda memilikinya sekarang. Walaupun hanya sebuah kereta pertama buat anda yang inginkan memiliki kereta secondhand, ia terbukti memberikan kepuasan dari segi saiz dalaman kereta yang luas.

Kereta proton persona sebagai kereta pertama

Seseorang yang mementingkan kekeluargaan dan ingin menggunakan sesebuah kereta untuk jangka masa yang lama menjadikan pilihan kereta persona adalah satu perkara yang bagus.

Jika dibandingkan dengan kereta baru yang lain, ianya adalah sangat mahal untuk dimiliki dan tidak praktikal dari segi ruang. Banyak saja pilihan kereta proton dari tahun 2007 hingga 2015 boleh anda dapatkan dengan kualiti yang masih terjaga luar dan dalaman.

Soal maintainan semua kereta baru atau lama memerlukan penjagaan berkala yang sama. Begitu juga dengan harga insuran kereta persona 1.6 ini lebih berbaloi untuk anda bayar kerana market valuenya sudah pun rendah.

Faktor yang mempengaruhi harga insuran kereta persona 1.6

Apabila bercakap mengenai insuran kereta, maka faktor seperti market value tahunan menjadi topik perbualan. Hal ini kerana, market value menjadikan sesebuah harga insuran kereta persona 1.6 menjadi rendah ataupun tinggi.

Sebagai orang yang bakal memiliki kerana proton persona 1.6 generasi pertama ini, sudah pasti NCD (no claim discount) anda adalah bermula dari 0%. Ketika baru membeli, kedai kereta pasti sudah membuat kira-kira yang telah termasuk dalam harga deposit semasa pembelian kereta.

harga insuran kereta persona 1.6

Seterusnya, sebaik sahaja tahun pertama anda menggunakan kereta proton persona sudah hampir berlalu, anda seharusnya mengetahui 1 hingga 2 bulan sebelum insuran kereta anda tamat.

Dari situ, anda mudah untuk membuat budget yang mencukupi. Apabila tamat sahaja insuran kereta persona anda sudah boleh menghidupkannya dengan harga insuran kereta persona 1.6 yang berbaloi.

Artikel terkait : Harga roadtax dan insurans kereta 1.6cc

Berapakah harga insuran kereta persona 1.6 ?

Market value untuk kereta persona 1.6 generasi pertama pada masa kini adalah sekitar RM7,000 hinggalah RM20,000. Ianya adalah bergantung kepada tahun kereta persona 1.6 anda dan juga spec yang anda gunakan seperti basic, elegance, executive, se mahupun high line.

Seperti contoh anda ingin membeli sebuah kereta proton persona 1.6 high-line atau dikira sebagai full spec tahun 2008. Berikut merupakan anggaran harga insuran kereta persona 1.6 tahun 2008 :

Market valueNCDHarga insuran kereta persona 1.6
RM12,00025%RM642
RM11,00030%RM482
RM10,00038.33%RM405
RM10,00045%RM272
RM10,00055%RM223

One thought on “Berapa harga insuran kereta persona 1.6 sepatutnya ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *