Harga insurans motor 125cc
Harga insurans motor 125cc. Berapakah anggaran bagi harga insurans motor yang mempunyai cc enjin berjumlah 125cc ?
Ramai di antara kita pasti di rumah memiliki motosikal di rumah. Kebanyakkannya memiliki motor di bawah 250cc.
Di artikel ini kita nak memperlihatkan berapakah harga insurans motor 125cc yang anda miliki.
Tidak semua motor yang mempunyai 125cc akan mendapat harga insurans motor yang sama.
Hal ini kerana terdapat perbezaan dari segi jenama motor yang anda gunakan juga.
Artikel rujukan : Senarai harga insuran motor mengikut cc
Harga insurans motor 125cc mengikut jenama motor
Berikut merupakan senarai bagi harga insurans motor 125cc yang mempunyai persamaan tahun iaitu tahun pertama insurans mula dihidupkan.
Begitu juga mempunyai persamaan dari segi NCD iaitu bermula dengan 10%. Namun, berbeza market value oleh kerana harga sesebuah motor itu bergantung kepada harga pasaran.
Jenama motor | Harga insurans motor 125cc |
Yamaha 125z | RM313 |
Yamaha 125zr | RM340 |
Honda Wave 125 | RM285 |
Honda Dash 125 | RM290 |
Honda Future 125 | RM260 |
Modenas Karisma 125 | RM258 |
Kesemua harga insurans motor 125cc di atas adalah tidak sama. Namun, jika anda boleh anggarkan market value tahun pertama motor-motor ini, anda sudah pasti boleh menganggarkan harga insurans motor 125cc anda.
Adakah boleh membeli harga insurans motor 125cc untuk cover insurans 3rd party ?
Berdasarkan harga insurans motor 125cc di atas merupakan harga insurans motor first party.
Jika anda bertanyakan untuk hidupkan insurans motor 3rd party adalah tidak digalakkan dengan beberapa sebab :
1. Motor masih under kedai atau loan aeon
Motosikal anda yang masih mempunyai bayaran bulanan pada kedai motor atau syarikat pinjaman aeon adalah tidak digalakkan untuk menghidupkan insurans motor 3rd party.
Hal ini kerana, risiko kepada anda yang masih belum habis bayar kepada pihak tersebut.
Jika berlaku sebarang kemalangan, maka anda masih perlu membayar baki pinjaman dan dalam masa yang sama motor tersebut perlu dibaiki menggunakan duit anda sendiri.
2. Motor 125cc anda digunakan selain dari anda sebagai pemilik
Perlindungan insurans motor sangatlah penting sekiranya anda kerap kali memberikan rakan, anak atau memberi sewa motor anda kepada mereka.
Hal ini demikian, jika anda sahaja yang menggunakan motor tersebut, pasti tiada sebarang masalah dan akan dijaga dengan baik oleh anda sebagai pemilik.
Pingback: Senarai harga insuran motor mengikut cc - Mekanikakereta