Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Roadtax motor

Harga roadtax motor 250cc berapa ?

Harga roadtax motor 250cc. Berapakah harga roadtax motor atau cukai jalan untuk motosikal yang mempunyai cc enjin 250cc ?

Di negara kita pasti sudah ramai yang mula berjinak-jinak dengan memiliki motor berkuasa besar.

Walaupun kuasa enjin 250cc tidak begitu besar, namun ianya cukup buat permulaan lebih-lebih lagi bagi orang muda.

Tidak salah jika anda bermula dengan motor 250cc. Malah, ianya merupakan peringat permulaan paling baik sebelum sedikit demi sedikit meningkatkan cc enjin yang lebih besar pada masa akan datang.

Dengan memiliki motor yang mempunyai kuasa enjin 250cc, pasti harga roadtax motor 250cc ini turut berlainan.

Berapakah harga roadtax motor 250cc ?

Sekiranya anda masih belum membeli atau telah membeli motor yang mempunyai cc enjin 250cc, anda sewajarnya check dulu harga roadtax motor.

Hal ini kerana, harga roadtax motor ini perlu dibayar oleh anda pada setiap tahun. Jika anda rasa ianya dalam budget anda, maka boleh terus membeli motor 250cc tersebut.

Harga roadtax motor 250cc bagi setiap tahun perlu anda hidupkan adalah sebanyak RM50. Manakala, untuk anda yang ingin hidupkan roadtax motor 6 bulan sekali untuk motor 250cc pun dibolehkan dengan mengeluarkan RM25 sahaja setiap 6 bulan sekali.

Namun, jika anda melakukan ini, sangat disarankan untuk hidupkan roadtax 6 bulan kedua seminggu sebelum roadtax 6 bulan pertama itu tamat. Ianya adalah bagi mengelakkan masalah pada tempoh insurans motor 250cc anda.

Apakah contoh motor di negara kita yang mempunyai sama harga roadtax motor 250cc ?

Antara motor yang mempunyai 250cc adalah seperti berikut :

  1. Yamaha MT-25 (249cc)
  2. KTM RC-250 (248.8cc)
  3. Yamaha YZF R25 (249cc)
  4. Kawasaki Z250 (249cc)
  5. Suzuki GSX250R (248cc)
  6. Yamaha Xmax 250 (250cc)
harga roadtax motor 250cc

Keenam-enam jenis motor di atas mempunyai harga roadtax motor 250cc yang sama iaitu RM50 setahun.

Jika anda lihat pada cc enjin yang tepat di atas ditulis adalah sama seperti dalam geran motor.

Apakah akan terjadi sekiranya anda membeli motor 250cc namun dalam geran tertulis 251cc dan ke atas ?

Rujukan dari awallah akan menjadi data penting bagi anda supaya anda tidak tersilap membeli motor yang ditawarkan 250cc namun dalam geran motor mempunyai 251cc ke atas.

Harga roadtax motor 251cc ke atas merupakan harga lain dan tiada dalam tawaran RM50 untuk setahun LKM dihidupkan.

Bila dah terbeli motor tersebut, setiap tahun memang wajib untuk anda membayar cukai jalan motor itu.

Tiada yang boleh anda ubah kecuali menjual motor tersebut dan membeli motor 250cc yang betul berdasarkan dalam harga roadtax motor 250cc.

Rujuk artikel di bawah untuk mendapatkan harga keseluruhan roadtax dan insuran motor 250cc :

Harga roadtax dan insurans motor 250cc

2 thoughts on “Harga roadtax motor 250cc berapa ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *