Harga roadtax dan insurans kereta 1.5 : Model-model kereta terhangat
Harga roadtax dan insurans kereta 1.5 . Apakah terdapat perbezaan terhadap harga roadtax dan insurans kereta untuk cc enjin 1.5 bagi model-model kereta yang terkini dijual dipasaran ?
Kebanyakkan daripada kita ingin tahu anggaran secara kasar kos-kos roadtax dan insurans kereta yang bakal dibelanjakan sebaik sahaja nama telah ditukar mahupun pertama kali membeli kereta roadtax dan insurans kereta 1.5 .
Harga roadtax dan insurans kereta wira 1.5
Memiliki kereta proton wira 1.5 adalah satu impian bagi golongan yang lebih matang dan sukakan barangan berkualiti walaupun ianya sudah lama. Harga roadtax dan insurans kereta wira 1.5 secara keseluruhan adalah gabungan daripada harga roadtax kereta wira dan harga insurans kereta wira.
Kereta-kereta wira 1.5 sekarang adalah di kalangan pembelian secara terus tanpa melalui pihak lain seperti kedai jual kereta. Ianya dalam kategori kereta secondhand yang dibeli secara langsung atau dikenali sebagai direct purchasing.
Dari segi roadtax wira 1.5 adalah tetap untuk setiap tahun iaitu RM90. Namun, bagi harga insurans kereta wira 1.5 sebaik sahaja anda tukar nama, dipengaruhi oleh jumlah NCD dan juga jenis insurans kereta yang ditawarkan oleh syarikat insurans kereta.
Tawaran bagi jenis insurans kereta wira 1.5 adalah terhad oleh kerana pembuatannya sudah lama yang mencecah 20 tahun dan ke atas. Sekiranya anda baru membeli kereta wira 1.5 ini, maka anggaran harga roadtax dan insurans kereta wira 1.5 adalah sekitar RM500 hingga RM1,000 sahaja.
Harga roadtax dan insurans kereta myvi 1.5
Manakala, kereta perodua myvi 1.5 pula sehingga kini terdapat model lama hingga model terbaru. Model myvi 1.5 adalah bermula dari generasi kedua atau gen 2 atau dikenali sebagai myvi 1.5 lagi best, myvi 1.5 icon dan juga terkini myvi 1.5 gen 3.
Kedua-dua model myvi 1.5 ini menggunakan enjin 1500cc. Namun, akan terdapat beza dari segi harga roadtax dan insurans kereta myvi 1.5 secara keseluruhan.
Apabila anda membeli myvi 1.5 gen 2, ianya dalam kategori secondhand. Manakala, myvi 1.5 gen 3 pula terdiri daripada secondhand dan juga dibeli baru.
Harga roadtax dan insurans myvi 1.5 gen 2 adalah sekitar RM800 hingga RM2,000. Anggaran harga ini adalah bergantung kepada tahun kereta myvi 1.5 , NCD sama ada bermula dengan 0% atau menggunakan daripada kereta lama dan juga jenis insuran kereta yang dipilih sama adalah 1st party insurans, 3rd party insurans atau 3rd party fire and theft insuran.
Manakala, harga roadtax dan insurans kereta myvi 1.5 gen 3 pula bermula dengan RM1,000 hingga RM2,500 untuk pembelian secara secondhand. Sekiranya anda membeli kereta myvi 1.5 gen 3 yang baru, maka tahun berikutnya adalah perlu menyediakan budget sekitar RM1,500 hingga RM3,000 sahaja.
