Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Harga insurans keretaHarga roadtax kereta

Harga roadtax dan insurans kereta Alza : Baru dan juga lama

Harga roadtax dan insurans kereta Alza. Berakah harga bagi sesebuah harga roadtax kereta alza dan juga harga insurans kereta alza yang perlu dibelanjakan oleh anda untuk permulaan pembelian kereta ini ?

Pemilihan sebuah kereta Mpv yang terkenal dengan jenama perodua iaitu Alza ini sudah lama diminati oleh para keluarga yang mulai membesar. Daripada mempunyai anak seorang, dua orang anak pun sudah sangat sesuai untuk anda mula membuat penilaian dan bertukar arah kepada kereta yang lebih besar yang salah satu kereta yang sesuai adalah perodua alza.

Sebelum anda nak memiliki kereta perodua alza ini, sudah pasti anda perlu membuat sedikit case study atau kajian tentang harga-harga yang bakal diketahui oleh anda. Antara harga yang perlu dititik beratkan adalah seperti roadtax alza dan juga insuran alza itu sendiri.

Tetapi sebelum itu, yang mana satukah anda jadikan pilihan sama ada perodua alza generasi pertama atau perodua alza generasi kedua ?

Berapa harga roadtax kereta alza ?

Berdasarkan kepada jumlah cc enjin yang digunakan oleh kereta alza generasi pertama adalah merupakan roadtax alza 1.5 . Malah, jumlah cc enjin bagi perodua alza untuk generasi kedua pula juga turut sama iaitu harga roadtax alza 1.5 .

Kereta alza yang lama adalah bermula pada tahun 2009 hingga 2022. Manakala, kereta alza baru pula bermula pada tahun 2022 sehingga sekarang. Harga roadtax kereta alza ini akan kekal untuk setiap tahun dengan jumlah yang sama sehingga tiada sebarang perubahan oleh pihak berkuasa.

harga roadtax dan insurans kereta alza

Berikut adalah jadual bagi harga road tax kereta alza bagi kedua generasi :

Generasi Perodua AlzaHarga roadtax kereta Alza
Perodua Alza Generasi Pertama (Alza Gen 1)RM90
Perodua Alza Generasi Kedua (Alza Gen 2)RM90

Berapa harga insurans kereta alza ?

Seterusnya adalah mengenai insurans kereta alza . Secara asas insurance perodua alza ini dinilai dengan beberapa perkara termasuklah market value, jumlah peratus NCD (no claim discount) dan juga tahun kereta anda.

Selebihnya, harga ini adalah berdasarkan faktor-faktor seperti berbeza syarikat insurans kereta, umur pemilik kereta dan juga penambahan insuran lain seperti perils dan juga windscreen alza.

Harga roadtax alza ini adalah sesuai bagi rujukan pertama kali untuk anda ingin menghidupkan insurance alza setelah membeli kereta ini. Berikut merupakan jadual yang boleh anda jadikan rujukan antara membeli kereta perodua alza secara secondhand dan juga alza baru.

Generasi Perodua AlzaMarket valueNCDHarga insuran kereta Alza
Perodua Alza lama (Gen 1)RM20,000-RM30,0000%RM1,600-RM2,500
Perodua Alza baru / D27A (Gen 2)RM65,000-RM73,0000%RM2,500-RM3,100

Namun, harga insuran alza di atas adalah rujukan berhampiran sahaja. Banyak faktor boleh mendapatkan harga insurans kereta alza ini jauh lebih murah dan rendah. Antaranya dengan mendapatkan beberapa quotation di beberapa syarikat insuran kereta sebelum anda bersetuju untuk memperbaharui insurans kereta alza.

Jumlah keseluruhan harga roadtax dan insurans kereta alza

Untuk jumlah keseluruhan harga roadtax kereta alza perlulah ditambah bersama harga insurans kereta alza. Anda akan mendapat harga sepenuhnya bagi tahun pertama dan mudah untuk anda lakukan pengiraan budget pada tahun tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *