Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Harga roadtax kereta

Harga roadtax dan insurans kereta Ativa : Panduan termudah

Harga roadtax dan insurans kereta Ativa. Berapakah harga roadtax perodua ativa dan harga insurans ativa secara keseluruhannya ?

Setiap kereta seharusnya mempunyai roadtax dan insurans kereta. Roadtax dan insurans kereta memainkan peranan satu sama.

Tahukah anda harga roadtax dan insurans kereta ativa adalah bagi melindungi kereta ativa anda jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Di situlah peranan disebalik kewajipan untuk membuat roadtax dan insurans kereta ativa perlu diutamakan sekiranya hampir tamat.

Apakah itu roadtax kereta ativa ?

Roadtax ativa merupakan cukai jalan raya yang dikenakan pada kereta ativa dan merupakan cukai jalan yang sangat penting bagi urusan claim insuran ativa.

Tanpa road tax ativa, kereta ativa anda tidak boleh dibawa menggunakan jalan raya kerana ianya boleh dikenakan saman. Bukan sahaja saman, ativa road tax keutamaannya adalah bagi memenuhi syarat utama sebelum insuran ativa dibuat

Setiap pemilik kereta ativa bertanggungjawab untuk menghidupkan roadtax kereta ativa setiap tahun.

Sebelum nak renew ativa roadtax, proses sebetulnya perlu dilakukan iaitu dengan mendahului membuat insurans kereta ativa.

harga roadtax dan insurans kereta ativa

Apakah itu insurans kereta ativa ?

Insuran ativa sangatlah penting kerana ianya bakal melindungi kereta ativa anda sekiranya berlaku kemalangan jalan raya sama ada kemalangan sendiri mahupun melibatkan kereta lain.

Di sinilah pentingnya kewajipan insurans ativa kerana jika mengalami kemalangan sendiri iaitu tidak melibatkan kereta lain, anda boleh membuat claim pada syarikat insuran kereta anda.

Selain itu, jika kereta lain yang menyebabkan kemalangan pada kereta ativa anda, maka insuran ativa anda tidak perlu digunakan. Ativa insurance price yang dibayar boleh anda claim menggunakan insurans anda terlebih dahulu, kemudian claim ke atas pihak bersalah akan dibuat seterusnya.

Hal ini demikian, claim insuran kemalangan tersebut yang dibuat pada kereta bersalah tersebut tidak akan mengganggu harga insurans ativa anda pada tahun seterusnya. Ini adalah disebabkan oleh tiada sebarang gangguan pada kadar NCD dalam insurance ativa anda.

Berapa harga roadtax perodua Ativa ?

Harga roadtax ativa bergantung kepada jumlah cc enjin kereta tersebut. Cc enjin bagi kereta ativa adalah merupakan 1000cc atau 1.0cc .

Dan jika anda merujuk dalam geran kereta ativa, anda pasti dapat melihat tertera ditulis berjumlah 998cc. Ini menyatakan bahawa kereta ativa mempunyai enjin berupa 1000cc.

Harga bagi roadtax ativa 1.0 adalah berjumlah sebanyak RM20 sahaja. Nilai ini adalah merangkumi tempoh sepanjang 12 bulan atau 1 tahun.

Harga road tax ativa ini adalah sama bagi semua jenis spec yang anda gunakan iaitu Advance (AV), spec H dan juga spec X.

Berapakah harga insurans perodua Ativa ?

Manakala, harga bagi insurans kereta ativa adalah tidak sama dan berubah-ubah bergantung kepada beberapa ciri-ciri antaranya :

  1. Market value kereta Ativa (Market value ativa berubah-ubah berdasarkan tahun kereta, spec ativa yang dipilih dan juga berbeza syarikat insurans).
  2. Peratus NCD (no claim discount) oleh pemilik kereta Ativa.
  3. Jenis insurans ativa sama ada insurans kereta first party atau insurans kereta 3rd party.

Harga insurans ativa secara tepat tidak boleh kami berikan oleh kerana terdapat banyak faktor yang boleh merubah harga insurans kereta ativa anda.

Namun, kami akan berikan anggaran berdasarkan harga insurans ativa bermula anda baru membeli kereta ativa iaitu tahun pertama anda hidupkan sendiri insurans kereta ativa.

TahunNCDMarket ValueHarga insurans kereta ativa
125%RM70,000RM1,900-RM2,100
230%RM65,000RM1,700-RM1,800
338.33%RM60,000RM1,500-RM1600
445%RM54,000RM1,400-RM1,500
555%RM49,000RM1,300-RM1,400

Berapakah harga roadtax dan insurans kereta Ativa ?

Harga roadtax dan insurans kereta ativa merupakan harga keseluruhan yang perlu anda keluarkan pada tahun tersebut.

Jika anda sudah mendapatkan harga insurans ativa, maka tambahkan dengan harga roadtax ativa seperti yang telah diberikan di atas.

Apakah perubahan ketara terhadap harga roadtax dan insurans kereta Ativa setiap tahun ?

Perubahan yang ketara untuk setiap adalah pada harga insurans kereta ativa anda. Hal ini kerana, setiap pemilik kereta mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Contohnya seperti spec kereta yang berlainan, Ncd kereta ditransfer dari kereta lain dan terus mendapat 55% diskaun serta memilih syarikat insuran kereta yang menawarkan market value rendah sedikit.

Manakala, bagi harga roadtax ativa anda tidak mengalami perubahan langsung. Hal ini kerana, penetapan tersebut telah ditetapkan adalah sama kecuali jika terdapat perubahan yang dilakukan oleh pihak berwajib.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *