Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Roadtax motor

Harga roadtax motor 600cc

Harga roadtax motor 600cc. Berapakah harga roadtax motor bagi yang mempunyai cc enjin sebanyak 600cc ?

Adakah anda ingin memiliki sebuah motosikal atau telah baru saja memiliki motosikal yang mempunyai cc enjin 600cc ?

Seperti yang anda tahu, roadtax motor merupakan cukai jalan yang dikenakan kepada setiap pemilik motor bagi setiap motosikal yang dimiliki.

Jika anda mempunyai 5 biji motosikal, maka kelima-lima biji motor tersebut wajib anda hidupkan roadtax motor pada tahun yang sama.

Namun, ianya bergantung kepada berapakah cc enjin bagi setiap motor yang anda miliki.

Tidak semua orang mempunyai motor dan cc enjin yang sama. Namun, di artikel ini anda boleh mengetahui berapakah harga roadtax motor 600cc yang sebenarnya.

Mengapakah cc enjin motor menjadi sandaran kepada harga roadtax motor ?

Cc enjin motor merupakan nilai yang dibaca pada enjin motor sama ada ianya dalam kategori bermula 1cc hinggalah 1500cc atau lebih.

Namun permulaan bagi motor-motor biasa di negara kita kebanyakkannya bermula dengan 90cc.

Penetapan ini telah dilakukan oleh pihak berwajib seperti Jpj sendiri bagi menentukan berapakah kadar bayaran roadtax motor yang perlu anda bayar.

Cc enjin juga menjadi rujukan kerana semakin besar cc enjin motor, maka semakin mampu pemilik sesebuah motor itu.

Contoh motor yang mempunyai harga roadtax motor 600cc ?

Antara pilihan motor terkini menjadi pilihan pemilik motor 600cc adalah seperti berikut :

  1. Benelli TNT 600
  2. AJP PR7 600
  3. Yamaha XJ6
  4. Yamaha YZF-R6
  5. Suzuki GSX-R600
  6. Honda CBR600RR
  7. Kawasaki Ninja ZX-6R

Motor-motor di atas merupakan dalam kategori 600cc. Oleh itu, ini adalah contoh-contoh sahaja.

harga roadtax motor 600cc

Berapakah harga roadtax motor 600cc ?

Jika anda memiliki motor-motor 600cc atau walaupun tidak tersenarai di atas dan masih dalam kategori 600cc, harga roadtax motor anda adalah sama.

Harga roadtax motor 600cc yang perlu anda keluarkan setiap tahun hanyalah sebanyak RM250 sahaja. Tempoh ini merangkumi 1 tahun atau 12 bulan penggunaan.

Sekiranya anda rasa harga roadtax motor 600cc mahal, anda mempunyai pilihan lain iaitu dengan renew roadtax motor 600cc ini untuk tempoh 6 bulan sekali.

Harga roadtax motor 600cc bagi tempoh 6 bulan hanyalah sebanyak RM125 sahaja. Namun, perlu diingatkan sebaiknya bila hampir tamat iaitu seminggu sebelum, anda boleh menghidupkan roadtax motor 600cc ini bagi 6 bulan seterusnya.

Elakkan dari renew roadtax motor 600cc anda melebihi dari tempoh ianya tamat bagi mengelakkan masalah lain yang memungkinan anda untuk menambah kos-kos lain.

One thought on “Harga roadtax motor 600cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *