Harga roadtax dan insurans kereta Persona : Rujukkan dari awal
Harga roadtax dan insurans kereta Persona. Berapakah harga keseluruhan bagi roadtax dan insuran kereta proton persona bagi generasi pertama dan kedua untuk pertama kali ?
Di artikel ini, anda boleh mendapati rujukan sebelum anda nak membeli kereta proton persona 1.6 . Sama ada persona 1.6 lama iaitu secondhand atau yang baru iaitu beli di proton sendiri.
Kiraan ini memudahkan anda selaku bakal atau yang telah baru sahaja memiliki kereta persona 1.6 . Ianya penting untuk anda sediakan budget dengan mengenepikan wang secara sedikit demi sedikit tanpa rasa terbeban.
Anggaran yang disenaraikan ini adalah bagi tahun pertama anda membuat atau menghidupkan roadtax persona dan insuran persona sendiri.
Bagi tahun-tahun berikutnya, harga keseluruhan roadtax dan insurans kereta persona adalah tidak jauh dari yang dianggarkan di bawah.
Harga roadtax kereta persona berapa ?
Penentuan harga roadtax kereta persona 1.6 telah pun ditetapkan iaitu berjumlah sebanyak RM90 sahaja. Harga ini melingkungi tempoh selama 12 bulan penggunaan.
Hanya sekali pembayaran sahaja perlu dilakukan dengan jumlah yang dinyatakan. Ianya sebagai tanda anda telah pun melaksanakan tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya yang bagus.

Harga insurans kereta persona pula berapa ?
Manakala, berbeza sedikit dengan harga insuran kereta persona 1.6 . Terdapat perbezaan dari segi faktor penentuan harga bagi mendapatkan jumlah insuran kereta persona 1.6.
Ianya tidak sama dengan cara mendapatkan harga roadtax persona yang sama untuk jenama dan model kereta persona dalam seluruh negara.
Antara faktor mempengaruhi harga insuran proton persona 1.6 ini adalah seperti market value, peratus ncd dan juga kelebihan perlindungan tambahan yang diambil bagi melindungi kereta persona 1.6 anda.
Berikut merupakan jadual harga roadtax dan insurans kereta persona berdasarkan generasi 1 dan kedua :
Proton Persona | Market value | NCD | Harga insuran kereta persona |
Gen 1 (Tahun 2007-2015) | RM10,000-RM25,000 | 25% | RM390-RM750 |
Gen 2 (Tahun 2016-Kini) | RM45,000-RM55,000 | 25% | RM1,350-RM1,650 |
Harga roadtax dan insuran kereta persona hendaklah digabungkan keduanya supaya menjadi satu harga keseluruhan.
Ianya pasti tidak sama dengan setiap pemilik kereta persona yang lain. Namun, harga roadtax dan insurans kereta persona boleh didapati berhampiran jika anda membuat perbandingan.