Harga roadtax dan insurans motor 110cc berapa ?
Harga roadtax dan insurans motor 110cc. Berapakah harga roadtax dan insurans motor bagi setiap pemilik motor yang mempunyai cc enjin 110cc ?
Ada orang atau pemilik tidak begitu kisah akan budget bagi setiap maintainence yang perlu dikeluarkan ketika baru membeli motosikal.
Namun, jika sesiapa yang ingin mengetahui anggaran harga keseluruhan bagi tahun pertama membuat roadtax dan insurans motor 110cc ini, ianya adalah lebih baik daripada anda mendapat tahu saat akhir sebelum ingin menghidupkan roadtax motor dan juga insuran motor.
Apa perkara utama yang perlu anda tahu sebelum nak hidupkan roadtax dan insurans motor? Antara perkara utama adalah harga roadtax dan insurans motor 110cc itu sendiri?Tetapi bagaimana nak tahu motosikal anda mempunyai cc enjin 110cc?
Cara nak tentukan cc enjin motor 110cc ?
Nak check cc enjin motor anda sama ada betul atau tidak 110cc adalah dengan cara melihat pada geran motor. Bagaimana nak lihat pada geran motor kerana baru saja beli motor dan tidak dapat geran motor ?
Zaman sekarang semuanya sudah mudah. Anda boleh lihat pada aplikasi MyJpj dan rujuk kepada geran motor yang telah disediakan dalam aplikasi anda setelah anda memuat masuk atau login.
Selepas login, tekan pada profile dan seterusnya lihat pada sijil pemilikan kenderaan. Lihat pada jumlah cc enjin sama ada 108cc,109cc,110cc,112cc atau 113cc itu bermakna ianya dalam kalangan enjin 110cc secara bundarnya.
Berapa harga roadtax motor 110cc ?
Harga roadtax motor 110cc telah ditetapkan oleh pihak berkuasa atau pihak Jpj yang mana iainya berjumlah sebanyak RM2 sahaja. Mana-mana motosikal tidak kira model dan jenama apa, setiap daripada satunya akan dikenakan harga yang sama.
Segala harga roadtax motor 110cc adalah telah ditetapkan sehingga sebarang perubahan dibuat yang akan dimaklumkan. Jadi, harga yang telah dinyatakan adalah setiap tahun sama.
Faktor perubahan pada harga insuran motor 110cc ?
Manakala, harga insuran motor 110cc pula adalah tidak tetap. Walaupun anda menggunakan jenama dan model motor yang sama, harga insuran motor 110cc adalah tidak sama.
Paling minima harga insurans motor 110cc tidak sama adalah faktor umur. Secara anggaran anda boleh rujuk pada kadar minima yang boleh dijadikan rujukan seperti :
- Tiada sebarang NCD
- Market value motor 110cc yang lebih kurang antara motor 110cc yang lain
- Tahun motor yang diambil adalah terkini dan terbaru dari kedai
Berapa harga roadtax dan insurans motor 110cc ?
Gabungan antara harga roadtax motor 110cc dan juga harga insuran motor 110cc adalah merupakan harga keseluruhan kos yang perlu anda tanggung pada setiap tahun harga roadtax dan insurans motor 110cc.
Berikut merupakan anggaran bagi harga roadtax dan insurans motor 110cc pada setelah tahun pertama anda membeli motosikal tersebut. Jadikan ianya sebagai rujukan hampir agar memudahkan anda untuk melakukan budget dan membuat penyimpanan lebih awal.
Market value | NCD | Harga roadtax motor 110cc | Harga insuran motor 110cc | Harga roadtax dan insurans motor 110cc |
RM4,000-RM5,000 | 0% | RM2 | RM250-RM270 | RM252-RM272 |
Pingback: Harga roadtax dan insurans motor - Mekanikakereta