Harga roadtax dan insurans motor 135cc berapa ?
Harga roadtax dan insurans motor 135cc. Berapakah budget harga roadtax dan insurans motor secara keseluruhan untuk motor yang menggunakan cc enjin berjumlah 135cc ?
Dalam banyak-banyak perkara sebelum nak membeli motor atau yang baru sahaja membeli motor, roadtax dan insurans motor inilah perlu dipertimbangkan dalam menyediakan budget dari awal.
Ada yang tidak begitu kisah kerana berasa mampu akan kadar yang bakal ditetapkan. Namun, pada saat akhir begitu terkejut bila mendengar harga roadtax dan insurans motor 135cc secara keseluruhan yang perlu dibelanjakan.
Di artikel inilah menyediakan anggaran yang boleh anda simpan dari awal apabila tiba masanya roadtax dan insurans motor tamat.
Berapakah harga roadtax motor 135cc ?
Jawapan kepada harga roadtax motor 135cc adalah mudah kerana berdasarkan penetapan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa iaitu Jpj di negara kita.
Ianya tidak akan berubah sehingga perubahan penetapan dibuat oleh pihak berkuasa. Ini bermakna setiap tahun harga roadtax motor 135cc adalah sama bagi setiap pemilik yang membelinya.
Harga roadtax motor 135cc adalah berjumlah RM2 sahaja. Ianya mewakili tempoh selama 12 bulan dan juga 6 bulan.
Berapakah harga insuran motor 135cc ?
Untuk mendapatkan harga insuran motor 135cc, ianya bergantung pada beberapa perkara antaranya adalah market value, ncd dan juga tawaran daripada syarikat insurans.
Namun, yang lebih terkesan pada harga insuran motor 135cc adalah market value. Manakala, ncd pula kita lebih fokuskan kepada pembeli yang baru sahaja memiliki motor iaitu bermula dengan ncd 15% iaitu pada tahun setelah anda membeli motosikal.
Market value motor 135cc adalah berbeza dan ianya memberikan kesan dengan motor 135cc model yang lain. Lebih jauh market value, maka lebih besar perbezaan antara motor 135cc.
Berikut merupakan harga insuran motor 135cc secara anggaran.
Model motor | Market value | NCD | Harga insuran motor 135cc |
Yamaha Lc135 | RM9,000 | 15% | RM375 |
Benelli 135 | RM7,500 | 15% | RM320 |
Jumlah keseluruhan harga roadtax dan insurans motor 135cc berapa ?
Berikut merupakan keseluruhan harga roadtax dan insurans motor 135cc secara anggaran pada tahun pertama setelah memiliki motor.
Model motor | Harga roadtax motor 135cc | NCD | Harga insuran motor 135cc | Harga roadtax dan insurans motor 135cc |
Yamaha Lc135 | RM2 | 15% | RM375 | RM377 |
Benelli 135 | RM2 | 15% | RM320 | RM322 |
Pingback: Harga roadtax dan insurans motor - Mekanikakereta