Harga roadtax dan insurans motor 155cc berapa ?
Harga roadtax dan insurans motor 155cc. Berapakah jumlah bagi keseluruhan harga roadtax motor serta digabungkan sekali dengan harga insuran motor untuk motor yang mempunyai cc enjin berjumlah 155cc ?
Perkara utama yang perlu anda buat rujukan adalah bagaimana kedua jumlah harga roadtax dan insurans motor 155cc ini boleh digabungkan.
Untuk pengetahuan, kedua harga roadtax motor dan harga insuran motor adalah ibarat saling memerlukan sesama sendiri.
Jika tidak membuat insuran motor, maka roadtax motor tidak boleh dibayar dan seterusnya tidak boleh dikeluarkan. Begitu juga dengan sebaliknya, jika sudah membuat insuran motor,namun tidak membuat roadtax motor, maka ianya masih tidak dibuat secara sepenuhnya.
Jadi, gabungan bagi harga roadtax dan insurans motor 155cc ini merupakan rujukan kepada harga roadtax dan insurans motor yang sepenuhnya perlu dibelanjakan setiap tahun.
Berapa harga roadtax motor 155cc ?
Harga roadtax motor adalah berdasarkan cc enjin motor yang telah tertulis dalam geran motor anda. Rujukan ini menjadikan penentu berapakah harga roadtax motor yang perlu anda bayar untuk setiap tahun.
Ianya tidak mengira apakah motor yang anda miliki. Hal ini kerana, apa yang penting adalah jumlah cc enjin yang telah didaftarkan dalam sistem pihak JPJ itu perlu dijadikan rujukan.
Berdasarkan apa yang telah ditetapkan, motor yang telah tertulis enjin 155cc perlulah membayar harga roadtax motor 155cc dengan jumlah sebanyak RM30 sahaja.
Setiap tahun harga roadtax motor 155cc ini akan sama sahaja dan tidak berubah. Jumlah ini kekal sehingga sebarang perubahan yang akan dibuat oleh pihak Jpj.
Berapa harga insuran motor 155cc ?
Namun, lain pula bagi insuran motor ini. Ianya tidak mempunyai harga insuran motor yang sama dan tetap untuk setiap tahun. Banyak faktor yang mempengaruhi sesebuah harga insuran motor salah satunya adalah berdasarkan cc enjin motor iaitu di artikel ini harga insuran motor 155cc.
Ada banyak jenama dan model motor yang mempunyai 155cc pada masa sekarang. Namun, harga insuran motor 155 bagi setiap model motor adalah tidak sama. Hal ini demikian, kerana setiap model motor ini akan ada berbeza market value.
Contoh yang senang adalah harga semasa anda membeli model motor seperti yamaha nvx 155 dan honda vario 160.Keduanya mempunyai cc enjin berjumlah 155cc yang tertulis dalam geran motor. Market value untuk motor nvx 155 adalah sedikit tinggi dibandingkan vario 160.
Jadi, ini akan membuatkan harga insuran motor nvx 155 lebih tinggi dari harga insuran motor vario 160 untuk tahun pertama anda ingin hidupkan insuran motor. Namun, ada juga faktor lain yang membolehkan harga insuran motor vario 160 lebih murah daripada harga insuran motor nvx 155.
Akan tetapi kita lebih fokuskan kepada harga insuran motor 155cc pada permulaan memiliki motor ini. Berikut merupakan jadual harga insuran motor 155 secara anggaran.
Model Motor | Market value | NCD | Harga insuran motor 155cc |
Yamaha NVX 155 | RM12,000 | 0% | RM520 |
Honda Vario 160 | RM9.000 | 0% | RM450 |
Berapa harga roadtax motor dan insurans 155cc sepatutnya ?
Gabungan bagi keseluruhan harga roadtax dan insurans motor 155 adalah bagus untuk anda yang belum dan ingin memiliki motor yang mempunyai cc enjin 155cc.
Begitu juga untuk anda yang baru sahaja membeli motor 155cc ini dan mahukan rujukan pada tahun pertama ingin membuat budget menghidupkan roadtax dan insurans motor secara keseluruhan.
Secara tidak langsung pada tahun seterusnya mudah untuk anda anggarkan harga roadtax motor dan insurans 155cc yang berhampiran. Berikut merupakan harga roadtax dan insurans motor 155cc berdasarkan anggaran keseluruhan.
Model Motor | Harga insuran motor 155cc | Harga roadtax motor 155cc | Harga roadtax dan insurans motor 155cc |
Yamaha NVX 155 | RM520 | RM30 | RM550 |
Honda Vario 160 | RM450 | RM30 | RM480 |
Pingback: Harga roadtax dan insurans motor - Mekanikakereta