Lampu bateri kereta tidak menyala
Lampu bateri kereta tidak menyala. Apakah sebabnya lampu bateri kereta anda tidak menyala sekiranya melalui beberapa perkara berkait rapat dengan bateri kereta ?
Adakah disebabkan sensor lampu bateri kereta tidak menyala adalah disebabkan kerosakan ? Atau adakah memang tiada sebarang gangguan pada bateri kereta dan sebab itulah lampu bateri kereta tidak menyala ?
Selalu kita akan dengar lampu bateri menyala, tetapi kali ini lampu bateri tidak menyala.
Peranan lampu bateri kereta pada paparan meter kereta anda adalah begitu penting. Hal ini kerana, dalam anda mengetahui apakah masalah yang terkait rapat dengan bateri kereta anda.
Namun, jika lampu bateri kereta tidak menyala juga akan merisaukan diri anda kerana takut fungsinya sudah tidak berguna lagi. Mari kita perlihatkan dari beberapa sudut bagi lampu bateri kereta tidak menyala ini.
Situasi lampu bateri kereta tidak menyala
Ada beberapa situasi dimana anda mungkin perasan lampu bateri kereta anda tidak menyala iaitu :
1. Lampu bateri kereta tidak menyala sewaktu sebelum start enjin
Jika anda pada waktu pagi membuka kereta anda menggunakan kunci atau keyless dan membuka pada “ON”, anda akan dapati beberapa sensor seperti lampu bateri kereta, lampu airbag, dan lampu teko akan menyala.
Namun, dalam situasi ini, anda perasan bahawa lampu bateri kereta anda tidak menyala. Manakala, lampu airbag dan lampu teko dan lainnya menyala seperti biasa.
2. Lampu bateri kereta tidak menyala sewaktu melanggar air bertakung
Kebiasaannya apabila anda mengharungi kawasan air bertakung yang agak tinggi pasti akan membuatkan lampu bateri kereta menyala bila langgar air.
Namun, bila keadaan ketika anda sedang mengharungi atau melanggar air bertakung, lampu bateri kereta tidak menyala langsung.
3. Lampu bateri kereta tidak menyala dan tiba-tiba bateri kereta lemah
Jika anda nak tahu bateri kereta nak kong atau lemah, anda boleh melihat pada monitor lampu bateri kereta pada paparan meter kereta anda.
Namun, ianya bukan menyala sentiasa. Pada waktu pagi, ketika anda start enjin kereta, anda akan terlihat lampu bateri kereta itu akan menyala lebih kurang 3 saat.
Itu menandakan akan perlu check bateri kereta sebelum ianya kong atau lemah. Namun, dalam situasi anda, lampu bateri kereta tidak menyala langsung tidak terjadi sehinggalah bateri kereta anda kehabisan secara tiba-tiba.
Mengapa lampu bateri kereta tidak menyala pada paparan meter kereta anda ?
1. Lampu bateri kereta tidak menyala sebelum start enjin
Paparan pada meter kereta anda tidak mempunyai sebarang simbol lampu bateri kereta yang menyala semasa kunci berapa pada “ON” sebelum enjin kereta anda dihidupkan.
Mengapa ini terjadi ? Ada kemungkinan terdapat masalah sensor yang tidak dapat mengesan keadaan bateri kereta anda pada waktu itu.
Rujuk bengkel kereta supaya anda dapat membaiki sensor tersebut supaya mudah untuk anda membuat rujukan sekiranya terdapat masalah pada bateri kereta atau alternator anda.
2. Lampu bateri kereta tidak menyala semasa mengharungi kawasan air bertakung
Lampu bateri kereta akan menyala kerana mengesan terdapat gangguan iaitu dari air tersebut memasuki kawasan alternator kereta anda.
Jadi, penggunaan bateri kereta telah diaktifkan bagi menggerakkan kereta anda sewaktu anda mengharungi air banjir atau air bertakung yang agak tinggi.
Sekiranya lampu bateri kereta tidak menyala, ada kemungkinan tiada sebarang gangguan kepada alternator kereta anda ketika melalui kawasan air bertakung itu.
Hal ini demikian adalah kebiasaan bagi anda yang melalui kawasan air bertakung yang kurang tinggi.
Jika sudah mencapai pada tahap tinggi dan masih lampu bateri kereta tidak menyala, ianya adalah tiada sebarang gangguan pada kawasan alternator kereta anda. Ini bermaksud tiada sebarang masalah bagi kereta anda.
3. Lampu bateri kereta tidak menyala sehingga menyebabkan tidak perasan bateri kereta menjadi lemah atau kong
Sebenarnya agak susah sedikit untuk memperlihatkan nyalaan lampu bateri kereta anda yang menandakan bateri kereta anda sudah lemah atau hampir kong.
Hal ini kerana, lampu bateri kereta akan menyala hanya lebih kurang 2 hingga 5 saat sebaik sahaja enjin kereta di start.
Disitulah merupakan tanda bateri kereta lemah atau tanda bateri kereta kong anda mulai memberikan amaran kepada anda untuk tukar bateri kereta baru.
Jika anda memang yakin dengan lampu bateri kereta tidak menyala itu berlaku, maka rujuklah bengkel kereta anda sebaiknya agar sensor lampu bateri kereta itu dibaiki dengan segera.
Pingback: Lampu bateri kereta menyala bila langgar air - Mekanikakereta
Pingback: Kenapa lampu bateri kereta menyala ? - Mekanikakereta